Siakap Keli
Dalam pada itu, Ketua Operasi Sains Balai Cerap, Dr Shari Breen berkata SKA semestinya akan banyak menyumbang kepada bidang astronomi. “Salah satunya ialah letusan radio pantas, di mana ia merupakan antara yang dikesan. Perkara yang berlaku beberapa saat itu setara dengan nilai tenaga sepanjang tahun dari Matahari namun kita tidak tahu apa letusan itu,” tambahnya. Dr. Shari mengharapkan teleskop radio yang sedang dibina itu membantu memberi jawapan yang sebelum ini masih belum jelas mengenai astronomi.
Gambar: SKA via BBC

Teleskop Radio Terbesar Dunia, SKA Dijangka Siap 2028

The Square Kilometre Array atau singkatannya SKA dijangka akan menjadi teleskop radio terbesar di dunia setelah pembinaanya dijangka siap pada 2028, lapor BBC.

Difahamkan, pembinaan SKA telah dimulakan pada Isnin sekali gus menjadikan ia sebagai salah satu projek saintifik terbesar pada abad ke-21.K

Kawasannya merentasi Afrika Selatan dan Australia dengan ibu pejabat di United Kingdom (UK), ia dipercayai akan menangani semua permasalahan dalam bidang astrofizik.

Menurut BBC, teleskop radio itu akan menjalankan ujian paling tepat bagi teori Einstein dan turut mengkaji mengenai angkasa lepas.

Ketua Pengarah Organisasi SKA Profesor Phil Diamond berkata saat-saat ini telah ditunggu oleh orang ramai sejak sekian lama dan akhirnya telah menjadi nyata.

“Ia adalah perjalanan selama 30 tahun. 10 tahun pertama adalah mengenai membangunkan konsep dan idea.

“10 tahun kedua dibelanjakan untuk pembangunan teknologi dan kemudian dekad terakhir adalah mengenai proses pembinaanya,” ujarnya.

Gambar: SKA via BBC

Merujuk BBC, ciri awal teleskop radio sebelum ini hanya ‘beroperasi’ dengan 200 antena parabola serta 131,000 antena dipol – yang bentuknya kelihatan seperti pokok Krismas.

Namun kini matlamat SKA adalah membina kawasan ‘pengumpulan’ (isyarat) berkesan yang berukuran kira-kira 500,000 meter persegi.

Ciri tersebut dipercayai akan memberikan SKA sensitiviti dan resolusi yang ‘tiada tandingan’ dalam mengesan isyarat di langit.

Lapor BBC, sistem itu akan beroperasi merentasi julat frekuensi daripada kira-kira 50 megahertz sehingga 25 gigahertz (dalam istilah piawaian, ia ibarat julat sentimeter ke meter).

Berfungsi untuk mengesan hidrogen

Difahamkan salah satu kegunaan SKA adalah untuk mengesan sejarah penuh hidrogen, iaitu unsur yang paling banyak di alam semesta.

Teleskop itu dipercayai dapat mengesan kehadiran hidrogen, sebelum awan besar runtuh untuk membentuk bintang pertama.

Dalam pada itu, Ketua Operasi Sains Balai Cerap, Dr Shari Breen berkata SKA semestinya akan banyak menyumbang kepada bidang astronomi.

“Salah satunya ialah letusan radio pantas, di mana ia merupakan antara yang dikesan. Perkara yang berlaku beberapa saat itu setara dengan nilai tenaga sepanjang tahun dari Matahari namun kita tidak tahu apa letusan itu,” tambahnya.

Dr. Shari mengharapkan teleskop radio yang sedang dibina itu membantu memberi jawapan yang sebelum ini masih belum jelas mengenai astronomi.

Kredit: SKA via BBC

Difahamkan teleskop itu sedang dibina di satu kawasan yang telah pun menggunakan astronomi radio pada skala yang lebih kecil sebelum ini.

Menjelang 2028, SKA akan mempunyai kawasan ‘pengumpulan berkesan’ kira-kira 500,000 meter persegi. Tetapi kawasan itu akan berkembang jika banyak negara menyertainya (projek) dan menyediakan dana yang diperlukan.

“Dan kami sebenarnya dalam proses untuk bercakap dengan negara lain juga, untuk melihat minat mereka menyertai balai cerap,” kata Prof Diamond.

Sumber: BBC

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana