Siakap Keli

HUAWEI Memperkenalkan Pilihan Warna Terbaharu Untuk Mate 50 Edisi Kaca Kunlun Dan HUAWEI Watch D

KUALA LUMPUR, 6 DISEMBER 2022 – Berikutan kejayaan pelancaran Siri HUAWEI Mate 50, Huawei Consumer Business Group (CBG) kini kembali menguja orang ramai dengan pengumuman ketersediaan pilihan warna yang baharu bagi HUAWEI Mate 50 Pro Edisi Kaca Kunlun yang akan didatangkan dalam warna hitam karbon (kulit vegan) dan perak.

Bukti komitmen mereka dalam usaha untuk meningkatkan lagi estetika peranti, keluaran HUAWEI yang terunggul ini dilengkapi dengan Kaca Kunlun yang kukuh (yang telah menerima pensijilan kaca tahan jatuh 5 bintang daripada SGS Switzerland), menjadikannya peranti serba lengkap dengan ketahanan sepuluh kali lebih kuat yang turut disempurnakan dengan kecekapan rintangan impak dan retak.

Terkenal dengan teknologi berinovasi terkini dan kreativiti yang dizahirkan melalui ciptaan peranti pintar, HUAWEI dengan bangganya mengumumkan pelancaran HUAWEI WATCH D, edisi jam tangan pintar terbaharu yang tersedia dengan alat pemantauan ECG dan tekanan darah tinggi. Jam tangan pintar ini akan terdapat di Laman Web Rasmi HUAWEI dan HUAWEI Experience Stores di Malaysia tidak lama lagi.

HUAWEI WATCH D memudahkan pengguna untuk memantau kesihatan dengan menyediakan bacaan ECG dan tekanan darah yang tepat dalam masa nyata. Dengan hanya seberat 40.9 gram, peranti ini dilengkapi pelbagai mod senaman dan fungsi pemantauan kesihatan. Ia juga menggunakan pam berukuran mini untuk menguji tekanan darah dengan tepat pada bila-bila masa dan di mana-mana anda berada, menjadikannya pilihan terbaik buat pengguna yang mementingkan pemantauan dan penjagaan kesihatan.

Peranti inovatif dengan bacaan tekanan darah yang tepat

Hipertensi adalah penyakit kronik yang paling biasa di seluruh dunia di mana berbilion-bilion orang memerlukan pemantauan tekanan darah yang rapi dengan pengambilan ubat jangka panjang untuk memastikan kesihatan terkawal. Sebab utama rawatan hipertensi yang tidak berkesan adalah akibat kegagalan pesakit untuk mengekalkan rutin pengambilan ubat. HUAWEI WATCH D yang kini tersedia dengan ciri bacaan tekanan darah membolehkan pemantauan tekanan darah di mana-mana dalam masa nyata.

Biasanya, ketepatan bacaan dipengaruhi dengan ketegangan dan kedudukan jam tangan pintar pada pergelangan tangan pengguna. Dengan HUAWEI WATCH D, ralat pengukuran tekanan dapat dikekalkan dalam lingkungan ±3mmHg kerana peranti ini disempurnakan dengan penderia tekanan resolusi tinggi, litar kawalan maklum balas, dan saluran udara aliran rendah – ketiga-tiga ciri ini membantu memastikan ketepatan bacaan.

Ciri ECG profesional yang memahami jantung anda

HUAWEI WATCH D bukan sekadar penderia tekanan darah, malah ia juga berfungsi sebagai jam tangan pintar yang menyokong pengukuran kadar denyutan jantung. HUAWEI WATCH D dilengkapkan dengan modul penderia ECG berprestasi tinggi yang merakam data ECG lalu menjana laporan ECG dengan segera.

Selain tu, HUAWEI WATCH D juga menyokong pemantauan ECG yang menggesa pengguna untuk melakukan ujian ECG sebaik sahaja denyutan jantung tidak normal dikesan.

Pembantu kesihatan di pergelangan tangan, rekaan terunggul dalam industri jam tangan pintar 

HUAWEI WATCH D menyokong pemantauan kadar denyutan jantung, pemantauan tidur secara saintifik, pemantauan SpO2 sepanjang hari, pengesanan suhu kulit, pemantauan tekanan, dan ia juga dilengkapkan dengan 70 mod senaman

Bergabung dengan mod pintar, peranti ini menawarkan hayat bateri selama tujuh hari untuk membolehkan penggunaan berterusan tanpa perlu mengecas dengan kerap.

Sejak tahun 2000, teknologi jam pintar telah banyak berkembang. Tidak lama lagi, dengan pelancaran HUAWEI WATCH D, kita dapat menyaksikan kejayaan dalam inovasi jam tangan pintar yang kini disediakan dengan ciri pemantauan kesihatan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang HUAWEI MATE 50 Pro Edisi Kaca Kunlun dan pelancaran  HUAWEI WATCH D yang akan datang, sila layari Laman Web Rasmi HUAWEI, Halaman Facebook HUAWEI atau Instagram HUAWEI  untuk mendapatkan kemas kini terkini. 

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.