Kopi WONDA menyeru rakyat Malaysia untuk mencipta video bola sepak terpanjang di seluruh dunia
Kuala Lumpur, 7 Disember 2022 – Bersempena dengan Piala Dunia FIFA, Kopi WONDA (salah satu jenama kopi sedia untuk diminum (RTD) terkemuka di Malaysia yang menawarkan rasa halus kopi yang baru dibancuh dalam tin) menyeru semua peminat bola sepak untuk mengambil bahagian dalam kempen #WONDABolaCorner untuk mencipta video timbang bola sepak terpanjang iaitu “The Largest Online Video Chain of People Performing Football Kick-up” untuk Guinness World Records.
Dalam bola sepak, sepakan sudut dipandang serius terutamanya apabila gol dijaringkan, kita sering melihat pemain berlari ke arah peminat mereka dan meraikan kemenangan bersama di sudut ini. Begitu juga, rakyat Malaysia mempunyai sudut versi mereka; sama ada mamak atau gerai burger, kebanyakkannya terletak di sudut. Oleh itu, Kopi WONDA ingin berada di setiap sudut untuk meriahkan lagi sambutan ini di kalangan rakyat Malaysia dengan menawarkan salah satu kegemaran tempatan, WONDA Kopi Tarik melalui kempen ini.
Bukan sahaja perisa Malaysia, malah juga minuman kegemaran ramai, WONDA Kopi Tarik bersedia untuk memberi rangsangan yang diperlukan rakyat Malaysia untuk lebih bersemangat sepanjang Piala Dunia, pada masa yang sama, memastikan mereka menikmati salah satu pertandingan bola sepak yang paling penting dengan penuh tenaga melalui inisiatif khas untuk rakyat Malaysia.
Walaupun Malaysia bukan sebahagian daripada barisan pemain Piala Dunia, negara ini mempunyai beberapa pemain bola sepak terbaik yang harus dipuji seperti Mohd Faiz Subri yang memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 (anugerah yang pernah dimenangi oleh pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo). Kopi WONDA bertekad untuk menyatukan rakyat Malaysia merentasi seluruh negara untuk mencipta sejarah dengan penglibatan pada peringkat global melalui cara lain – iaitu mencipta rekod dalam Guinness World Records di mana peserta yang berminat perlu merakamkan video menimbang bola dengan sekurang-kurangnya dua sepakan tanpa menjatuhkannya, dan menghantar video mereka ke laman Facebook dan Instagram Kopi WONDA.
Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd berkongsi bahawa Kopi WONDA amat berbangga kerana dapat menyatukan negara dalam peluang sekali seumur hidup dengan matlamat bersama untuk memecahkan rekod di seluruh dunia yang juga menyemarakkan rasa cinta mereka terhadap sukan ini.
Melalui inisitaif ini, Kopi WONDA juga berharap dapat memberi penghormatan kepada bakat-bakat tempatan bola sepak bertaraf dunia. Untuk memulakan gerakan ini dan memberi motivasi kepada rakyat Malaysia untuk turut serta dalam keterujaan ini untuk memecahkan rekod adalah beberapa pemain bola sepak terkenal Malaysia seperti Mohd Faiz Subri, Safiq Rahim, Steffi Sidhu dan banyak lagi.
“Selain menyatukan rakyat Malaysia dalam satu video, aktiviti ini juga mempamerkan pelbagai bakat negara di samping menggalakkan mereka untuk melakukan lebih banyak lagi dengan kemahiran bola sepak mereka. Dengan sambutan seluruh negara ini, anda mungkin melihat kelibat diri anda di papan iklan atau media sosial kami, jadi jangan lepaskan peluang ini.”
Setiap musim bola sepak, restoran mamak dipenuhi dengan peminat dari semua peringkat umur, jantina dan kaum yang menyokong pasukan mereka dan kandangkala juga berubah menjadi pengulas bola sepak. Pengorbanan rakyat Malaysia untuk kekal sehingga waktu pagi menunjukkan betapa kentalnya cinta mereka terhadap bola sepak. WONDA Kopi Tarik sedia membantu mereka terjaga semasa sukan kegemaran mereka sambil memberikan sesuatu yang relevan kepada rakyat Malaysia.
Bagi mengekalkan semangat itu, Kopi WONDA juga menganjurkan mamak pertama di Malaysia pasca pandemik denga kerjasama 20 restoran mamak di seluruh negara untuk menstrim perlawanan bola sepak terpilih sepanjang musim Piala Dunia, sambil menyemarakkan semangat pelanggan dengan tin kopi nombor satu, WONDA Kopi Tarik.
“Kami telah menempatkan promoter Kopi WONDA di 20 restoran mamak untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan minuman sejuk Kopi WONDA – menandakan bahawa di setiap sudut anda pergi, WONDA Kopi Tarik akan menemani anda terutamanya sepanjang musim bola sepak ini,” kata Amy.
Untuk maklumat lanjut tentang cara menyertai video menimbang terpanjang, sila layari Facebook dan Instagram Wonda Coffee Malaysia sekarang.