Siakap Keli
Kredit: cointelegraph

Galak Rakyat Guna “Cashless”, Nigeria Hadkan Pengeluaran Tunai Di ATM RM 109 Sehari

Nigeria Menghad Pengeluaran Tunai Di ATM Melebihi RM988 Seminggu

Nigeria dilapor mengambil langkah drastik dengan menetapkan had pengeluaran wang tunai menggunakan ATM seminggu bagi menggalakkan orang awam menggunakan kaedah pembayaran digital tempatan, eNaira yang diperkenalkan oleh bank pusatnya.

Menurut arahan yang dikeluarkan pada 6 Disember, pengeluaran wang tunai oleh pengguna awam dan juga entiti perniagaan di ATM dihadkan kepada  RM 109 sehari dan RM 1121 seminggu.

Manakala bagi jumlah pengeluaran melalui kaunter, pengguna awam dihadkan kepada RM 1121 dan entiti perniagaan pula dihadkan kepada RM 4,947 seminggu. Mereka juga akan dikenakan yuran pengeluaran, masing-masing 5 dan 10 peratus jika mengeluarkan amaun melebihi had yang ditetapkan.

Perubahan itu telah diumumkan oleh Pengarah Penyeliaan Perbankan, Haruna Mustafa yang menyatakan had tersebut adalah had terkumpul untuk setiap pengeluaran, jadi individu yang mengeluarkan RM 109 daripada ATM untuk sekali pengeluaran dan kemudiannya cuba mengeluarkan wang tunai dari bank pada hari yang sama akan dikenakan yuran perkhidmatan 5%.

Kadar penggunaan eNaira dilaporkan rendah sejak pelancarannya pada 25 Oktober tahun lepas. Bank Pusat Nigeria sejak itu bergelut untuk meyakinkan rakyatnya untuk menggunakan CBDC.

Nigeria menetapkan dasar “tanpa tunai” pada 2012 dengan mencadangkan peralihan daripada tunai fizikal kepada tanpa tunai dan menjadikan sistem pembayarannya lebih cekap, mengurangkan kos perkhidmatan perbankan dan meningkatkan keberkesanan dasar monetarinya.

Pada 26 Oktober, Gabenor bank pusat Nigeria, Godwin Emefiele, menyatakan bahawa 85% daripada semua Naira dalam edaran disimpan di luar bank. Akibatnya, ia akan mengeluarkan semula wang kertas baharu dalam usaha memacu peralihan ke arah digital.

Menurut penjejak CBDC dari badan pemikir Amerika, Atlantic Council, Nigeria adalah salah satu daripada 11 negara yang telah menggunakan CBDC sepenuhnya, 15 negara lain telah melancarkan program perintis tersebut dan India akan mengikuti jejak tersebut pada akhir bulan ini.

Sumber: cointelegraph

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.