Islam menggalakan umatnya untuk melakukan jual beli ataupun perniagaan supaya dapat menjana kekuatan ekonomi mereka. Dalam masa yang sama mengajar umat Islam untuk menjauhkan diri memakan harta secara haram atau memiliki barang secara batil.
Apabila bercakap mengenai berniaga, ia bukanlah semata-mata menjual di premis perniagaan malah terdapat banyak lagi bidang pekerjaan seperti pertanian, penternakan, penjagaan dan sebagainya, yang pasti ia berakhir dengan urusan jual beli.
Tetapi yang paling penting dalam perniagaan adalah untuk berlaku jujur benar ketika melakukan perkara tersebut. Sifat tersebut perlu diterapkan supaya hasil yang diterima merupakan rezeki yang mulia, dipandang tinggi oleh Maha Berkuasa.
Peniaga bersifat jujur
Menerusi satu video yang dikongsi oleh @MuslimSkepticHQ di Twitter, seorang peniaga Muslim yang dipercayai warga Bangladesh dilihat mengambil sifat jujur sebagai suatu perkara yang serius dalam perniagaan.

Perkara tersebut dapat dilihat selepas seorang pembeli merekodkan mengenai urusan jual beli hingga penjual itu melakukan sesuatu yang jarang dilihat.
Apablia ditanya dia berkata sedang menimbang paket kertas untuk memastikan pembeli dapat jumlah yang sebetulnya.
“Apa yang kamu sedang lakukan,” kata pembeli.
“Hanya menimbang paket disebabkan 50 gram (g) udang ialah 100 sen tidak termasuk berat paket. Berat paket ialah 4g iaitu sekitar 16 sen dimana saya tidak mahu ianya termasuk sekali sekiranya tidak ditimbang,” ujar penjual itu.
Tambah penjual itu, dia akan memberikan lebih 4g semasa menimbang undang berkenaan di dalam paket supaya pembeli akan mendapat jumlah yang ditetapkan.
Kagum dengan tindakan penjual itu, pembeli tersebut tanpa segan silu bertanya, adakah dia selalu berbuat demikian sepanjang dia menjalankan perniagaan.
Dia menjawab dirinya sentiasa melakukan sedemikain. Baginya sifat jujur dalam perniagaan adalah penting kerana ia telah dicatat dalam al-Quran berkaitan urusan berjual beli.
“Tiada sesiapa yang melakukan sedemikian,” kata pembeli
“Mereka perlu menjawab kepada Allah, saya juga perlu menjawab kepada Allah untuk diri saya sendiri,” ujar penjual itu.
Pembeli tersebut secara tidak langsung berasa tersentuh dengan sifat yang ditunjukkan dan berkata ramai yang perlu mempelajari daripadanya dan menjadikan dia contoh sebagai ahli perniagaan yang sebenar dalam menitikberatkan sifat kejujuran.
Surah Asy Syu’ara

Sifat yang ditunjukkan peniaga itu patut dicontohi dan telah ditulis dalam kitab suci Al-quran dalam surah asy syu’ara ayat 181 hingga 183
۞ أَوْفُوا الْكَيْلَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُخْسِرِينَ
Sempurnakanlah takaran dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang merugikan (181)
وَزِنُوا بِالْقِسْطَاسِ الْمُسْتَقِيمِ
dan timbanglah dengan timbangan yang lurus (182)
وَلَا تَبْخَسُوا النَّاسَ أَشْيَاءَهُمْ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ
Dan janganlah kamu merugikan manusia pada hak-haknya dan janganlah kamu merajalela di muka bumi dengan membuat kerusakan (183).
Sebagai peringatan, peniaga wajib tahu tatacara dalam menguruskan perniagaan agar ianya berjalan lancar dan rezeki juga terima oleh Allah.
Oleh itu, marilah kita saling ingat-mengingati bahawa setiap rezeki datangnya daripada Allah dan sebagai hamba mestilah menuruti setiap perintahnya agar hidup dimuliakan oleh-Nya.
Muslim Seller Takes Honesty to Whole Other Level pic.twitter.com/kvPoyjdQID
— The Muslim Skeptic (@MuslimSkepticHQ) December 2, 2022
Sumber: @MuslimSkepticHQ/Twitter