30 NOVEMBER 2022 – KUALA LUMPUR ASICS SportStyle dengan bangganya mengumumkan pelancaran kasut EX89™. Gaya ini telah diilhamkan oleh kasut bola keranjang GEL-EXTREME dari tahun 1989 dan diubah menjadi reka bentuk potongan rendah. Ia pada asalnya dicipta oleh Toshikazu Kayano sebagai projek reka bentuk pertamanya bersama ASICS. Mungkin lebih terkenal dengan siri kasut larian GEL-KAYANO™ beliau, reka bentuk ikonik ini pula telah menempa sejarah, sebuah detik penting yang telah mencetuskan momentum kemajuan teknologi untuk kasut ASICS.
Pada akhir 1980-an, kebanyakan kasut bola keranjang berprestasi dilitupi dengan warna asas putih. Namun, antara generasi terawal kasut EX89™ iaitu GEL-EXTREME menjadi salah satu ‘pemberontak’ pertama yang muncul dengan warna terang penuh bertenaga, yang dipengaruhi oleh pakaian seragam pasukan bola keranjang. Musim ini, kasut ini kembali dengan reka bentuk tradisional yang diperbuat daripada kulit dan dipadankan dengan palet warna yang mengutamakan semangat pasukan. Selain itu, model yang dikemas kini juga akan boleh didapati dengan pelbagai versi yang diubah suai dengan bahan buatan sesuai dengan gaya hidup moden.
Mengimbas kembali era sewaktu kasut ini beraksi di gelanggang, ia direka dengan teknologi GEL™ untuk penyerapan impak semasa melompat atau melantun. Kini, perincian ini dibina semula dengan reka bentuk tumit dan sistem kusyen FF BLAST™. Ciri-ciri ini membantu kasut kekal lebih ringan dan lebih selesa untuk gaya hidup harian.
Kayano mengambil inspirasi daripada lawatan perniagaan pertamanya ke Amerika Syarikat pada tahun 1987 untuk mencipta tapak luaran kasut tersebut. Reka bentuknya bertujuan untuk mencerminkan pemandangan susun rangka sebuah bandar apabila dilihat dari atas. Pada akhir 1980-an, reka bentuk ini telah menghasilkan daya cengkaman yang lebih baik semasa pergerakan pantas dan hentian mengejut di atas permukaan kayu keras.
Kasut sneaker EX89™ akan dilancarkan pada 05 Disember 2022 dalam edisi lelaki yang menampilkan inspirasi asli dengan warna terang pasukan dan versi neutral yang direka bentuk dengan bahan buatan gaya hidup klasik. Semua gaya boleh didapati di www.asics.com dan di kedai kasut ASICS, dijual pada harga RM429.