Hanya Guna Grinder, Bakat Luar Biasa Pemuda Buat Khat Atas Cermin Bikin Netizen Terpukau
Setiap individu mempunyai bakat yang tersendiri dan jika dipupuk lebih awal ia akan berkembang seterusnya boleh dimanfaatkan untuk menambah pendapatan. Misalnya bakat menjadi pemain bola sepak dan juga penyanyi.
Salah satu bakat yang tidak semua orang miliki ialah seni tulisan khat. Seni tulisan yang berunsurkan tulisan jawi dan arab biasanya dilakar diatas kertas atau di bahagian dinding sahaja.
Namun, menerusi svideo yang dikongsi oleh @edoxsmania di platform Tiktoknya, bakat kaligrafi ternyata berada di tahap yang berbeza apabila mampu menghasilkan khat cantik hanya menggunakan grinder.
@edoxsmania Balas @mwahmwahmwaaah
Lebih mengujakan, dia menggunakan sekeping cermin sebagai kanvas untuk mencurahkan kretivitinya menghasilkan kaligrafi atau khat yang sangai indah.
Didalam video berkenaan, pemuda tersebut berkongsi hasil khat khalimah syahadah yang diminta oleh salah seorang pengkut TikToknya.
Dapat dilihat, dia tidak berdepan sebarang masalah dan seolah-olah sudah biasa melakukan kerja seni tersebut. Malah, hasil khatnya juga dilihat bersih dan sempurna serta tiada keretakkan dapat dikesan pada cermin tersebut.
@edoxsmania Balas @yuantoe
Singgah di ruangan komen, video singkat yang telah ditonton 5.1 juta kali itu mendapat respon positif daripada pengguna Tiktok. Rata-rata komen yang ditinggalkan memuji bakat pemuda itu dan ada juga yang mengakui itu adalah kali pertama melihat seni khat dilakukan menggunakan grinder.
@edoxsmania Balas @usring1


BACA: Diusahakan Oleh Geely, DRB-Hicom Perkenal Kereta Elektrik “Polestar 2”
Sumber: @edoxsmania via Tiktok