Siakap Keli
Kredit: TikTok

Kenapa PM Suka Guna Tanda “-” Dalam Tweet? Bukan Saja-saja, Pemuda Dedah Mungkin Ini Jawapannya

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat seringkali menggunakan media sosial untuk memaklumkan perkembangan terkini negara selain berhubung dengan rakyat Malaysia, terutamanya menerusi laman Twitter rasmi beliau.

Beliau juga seringkali membalas ciapan warganet di laman tersebut tetapi ada sesuatu perkara yang menarik iaitu kekerapan penggunaan tanda sengkang atau dash dalam ciapannya.

Kredit: TikTok

Perkara ini telah mengundang rasa hairan para warganet dan sebahagian berpendapat mungkin itu adalah tabiat ketika menulis oleh Perdana Menteri Kesepuluh tersebut.

Mungkin ya, dan mungkin juga tidak. Namun perkara berkenaan turut mendapat perhatian seorang pengguna Tiktok yang tampil berkongsi makna penggunaan tanda berkenaan dalam ciapan pemimpin nombor 1 negara itu.

Menurut seorang pempengaruh di TikTok, Zhiddin Aziz (@zhiddinaziz) menerusi laman tersebut, tanda sengkang atau dash terbahagi kepada dua jenis keluarga iaitu sengkang en (pendek) dan sengkang em (panjang).

Tanda sengkang en (–) memiliki panjang yang lebih pendek daripada tanda sengkang em (—). Ini boleh diingati melalui formula bukaan kaki huruf, yang mana huruf M memiliki bukaan kaki yang lebih luas berbanding huruf N.

Kredit: TikTok

Dalam konteks penulisan harian, tanda sengkang en banyak digunakan dalam penulisan seperti indikator kata ganda penuh, kata ganda semu, kata ganda separa dan kata ganda berimbuhan.

Tanda sengkang en (–) juga turut digunakan untuk menggabung sesuatu perkataan (biasanya imbuhan awalan pinjaman) dengan kata nama khas.

Contohnya, pro-Palestin (Palestin merupakan kata nama khas). Bagi perkataan selain kata nama khas, tanda sengkang en adalah tidak perlu.

Selain itu, tanda sengkang en juga turut digunakan dalam memberi penekanan terhadap sesuatu perkataan dalam penuisan. Sebagai contoh, penulis ini menekankan perkataan penyamun, dia boleh menulisnya sebagai p-e-n-y-a-m-u-n.

Berbalik pada ciapan Anwar Ibrahim, beliau menggunakan tanda sengkang em (–) yang bertujuan untuk memisahkan idea dengan keterangan.

Boleh jadi, penulis sudah menulis mengenai satu idea dan ingin menambah idea lagi. Maka, penggunaan tanda sengkang em mampu memisahkan konteks antara kedua-dua idea tadi.

Pada akhir videonya, Zhiddin Aziz mengatakan bahawa Bahasa Melayu sangatlah indah kerana setiap satu aksaranya pasti memiliki makna yang tersendiri.

@zhiddinazizz

♬ original sound – zhiddinaziz – zhiddinaziz

Sumber: Zhiddin Aziz via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.