Siakap Keli
Kredit: The Setinel

Gagal Di Piala Dunia, Jurulatih Sepanyol Luis Enrique Di Pecat

Gagal Di Piala Dunia Qatar Jurulatih Sepanyol Luis Enrique Di Pecat

Jurulatih legenda pasukan bola sepak Sepanyol Luis Enrique dipecat oleh Persekutuan bola sepak Sepanyol (RFEF) pada Khamis, selepas kempen mengecewakan di Piala Dunia yang menyaksikan pasukan itu tewas kepada Maghribi di pusingan 16.

Pemecatan itu dibuat ketika kontrak jurulatih itu masih berbaki setahun lagi bersama pasukan kebangsaan berkenaan.

Kenyataan itu telah diumumkan oleh Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF) Luis Rubiales dan pengarah sukan Jose Francisco Molina.

“RFEF mengucapkan ribuan terima kasih kepada Luis Enrique dan kakitangannya kerana telah membimbing pasukan kebangsaan itu dengan baik dalam tempoh beberapa tahun ini.

“Kedua-dua presiden RFEF Luis Rubiales dan pengarah sukan, Jose Francisco Molina telah memaklumkan keputusan itu kepada Luis Enrique,” tambah kenyataan itu.

Enrique turut menyiarkan kenyataan di akaun Twitternya, mengucapkan terima kasih kepada persatuan bola sepak Sepanyol, peminat dan pemain. Beliau juga memohon maaf kerana tidak dapat memimpin pasukan menuju kemenangan dan meminta penyokong memberi sokongan kepada De la Fuente ketika dia mengetuai pasukan mulai sekarang.

RFEF akan melantik bekas jurulatih bawah 21 tahun La Roja, Luis de la Fuente sebagai pengganti jurulatih lagenda bola sepak Sepanyol itu dan akan melancarkan program baru dengan pasukan itu.

Kekalahan Sepanyol nyata mengejutkan banyak pihak memandangkan Maghribi bukanlah kuasa besar di pentas bola sepak dunia. Lebih-lebih lagi pasukan itu memulakan kempen dengan kemenangan besar membenam Costa Rica 7-0. Bagaimanapun, aksi yang ditampilkan menjadi longlai apabila seri 1-1 menentang Jerman dan dikalahkan Jepun 2-1 dalam perlawanan ketiga kumpulan.

 

 

Sumber: Mothership.sg, RFEF via Twitter, LUISENRIQUE via Twitter

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.