Siakap Keli
Kredit: @cekguzul/Tiktok

Tolong Ringankan Beban Beg Berat Muridnya, Cikgu Buat Lokar D.I.Y Guna Kotak Kasut

Cikgu Sedia Lokar Dari Kotak Kasut Untuk Pelajar Dapat Pujian Dari Netizen

Isu beg berat dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah adalah salah satu isu yang sekian lama diperdebatkan di pelbagai peringkat. Bagi mengatasi masalah tersebut, pelbagai pendekatan terutamanya oleh tenaga pengajar di sekolah telah diambil bagi membantu anak murid masing-masing.

Menerusi video yang di muat naik oleh @cekguzul, beliau berkongsi kisahnya menggunakan kotak kasut untuk dijadikan lokar simpanan untuk anak muridnya. Idea kreatif yang dikongsikan oleh guru tersebut lantas menjadi viral dan berjaya menarik perhatian warga maya.

@cekguzul

Masalah beg berat?? Jom buat #locker sendiri di kelas 😉 #edu #kids #inovasi #together #edutok #edutiktok #bag #school #books #problem #noproblem #guru #tiktokguru #deco #class #classdeco #fun #heavy #shopee #shopeefinds #fyp #fyppp #geliga #gstar #teacher #teachersoftiktok #slay #man #system #ganu #teganukite #kemaman #best

♬ Sayunk I Love You – Chombi

Video tersebut memperlihatkan pelajarnya sedang menyusun lokar-lokar mereka dengan meletakkan nama masing-masing di setiap lokar. Malah, mereka juga melakukan dekorasi pada bahagian kelas dimana lokar berkenaan ditempatkan supaya menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.

Video berkenaan kini video telah mendapat tontonan sebanyak 1.1 juta dan 103 ribu tanda suka. Menjengah di ruangan komen, ramai yang berkongsi rasa terharu dengan usaha yang ditunjukkan oleh guru berkenaan.

Mereka pada masa yang sama turut mengucapkan terima kasih di atas pengorbanan yang dibuat dan mendoakan guru berkenaan sentiasa diberkati Allah S.W.T.

Sumber: @cekguzul via Tiktok

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.