Siakap Keli
Gambar: AFP/ Pixabay

Johnny Depp, Ukraine & “Wordle” Antara Carian Paling Popular Di Google Tahun Ini

Johnny Depp, Ukraine & ‘Wordle’ Antara Carian Paling Popular Di Google Tahun Ini

Google baru-baru ini telah mengeluarkan satu laporan tahunan yang memaparkan senarai carian dan pertanyaan paling popular di aplikasi itu bagi tahun 2022.

Memetik laporan CBS News, pada tahun ini permainan teka-teki dalam talian iaitu “Wordle” merupakan carian teratas yang paling popular bagi pengguna Google di seluruh dunia.

Permainan Wordle yang dibeli oleh syarikat The New York Times itu merupakan satu permainan teka-teki yang dilihat mudah dengan memberikan pengguna enam percubaan untuk meneka lima huruf perkataan yang ditetapkan semula setiap hari.

Permainan ini sangat popular sehingga telah memberikan inspirasi kepada setiap pemain.

Seterusnya, carian yang menduduki tempat kedua teratas di Google ialah “India vs England” disebabkan perlawanan Piala Dunia Kriket yang pernah berlangsung suatu ketika dahulu.

Manakala carian yang mendapat tempat ketiga di Google ialah Ukraine, dimana pengguna AS telah menunjukkan minat mereka tentang konflik yang berlaku antara negara Rusia dan Ukraine.

Ukraine juga merupakan carian pertama dalam kategori berita paling popular pada tahun 2022.

Laporan syarikat itu turut memecahkan beberapa hasil carian teratas yang lain bagi topik yang berbeza seperti berita, pelakon, atlet, filem, lagu dan lain-lain.

Carian mengenai “Permaisuri Elizabeth” merupakan carian keempat yang paling popular manakala carian “Permaisuri Elizabeth meninggal dunia” merupakan carian kedua dalam kategori berita paling popular di Google.

Kredit: Google Trends

Selain itu, pelakon Hollywood terkemuka yang pernah meraih perhatian dunia, Johnny Depp telah menduduki tempat pertama dalam kategori orang paling trending di Google pada tahun 2022.

Pelakon itu dilaporkan telah memberi keterangan dalam perbicaraan berhubung dakwaan penderaan rumah tangga yang dialami olehnya terhadap bekas isterinya, Amber Heard yang turut menduduki carian ketiga dalam kategori orang paling popular di Google.

Dalam pada itu, filem yang paling dicari di halaman Google ialah “Thor: Love and Thunder” yang dikeluarkan oleh Marvel Studios pada bulan Julai tahun ini.

Filem “Black Adam” pula menduduki tempat kedua manakala “Top Gun: Maverick” menduduki tempat ketiga dalam senarai carian filem paling terkenal tahun 2022.

Seterusnya, pelakon Will Smith telah menduduki tempat kedua manakala Chris Rock menduduki tempat kelima dalam carian orang paling popular di Google.

Selain itu, ramai pengguna Google yang ingin mengetahui tentang trend internet khusus pada tahun ini.

Menurut Google, ramai pengguna di seluruh dunia telah membuat carian mengenai “gobline mode” yang telah diisytiharkan oleh Oxford Dictionaries sebagai perkataan tahun ini.

Sumber: CBS News, NBC News

Farah Nabilah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.