Siakap Keli
anwar diberi mandat
Gambar: tangkap layar video Awani

Saya Diberi Mandat Dalam Keadaan Hutang Negara Lebih RM1 Trilion – Anwar

Saya Diberi Mandat Dalam Keadaan Hutang Negara Lebih RM1 Trilion – Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa dirinya kini sedang memimpin negara dalam keadaan hutang yang dikatakan agak tinggi mencecah angka trilion.

Anwar mendakwa, jumlah hutang tersebut dipercayai didapati daripada hasil meneliti kebocoran daripada beberapa agensi dan tegasnya, ia adalah perkara benar dan bukan fitnah semata-mata.

“Saya kebetulan diberi mandat dalam keadaan hutangnya lebih daripada satu trilion ringgit, daripada setiap agensi yang harus teliti di mana bocor dan tirisnya. Ini bukan fitnah.

“Jadi saya lihat umpamanya diluluskan dengan cara spontan, projek-projek tebatan banjir dan syarikat-syarikat dipertikai serta beberapa persoalan tidak dijawab saya minta ditangguhkan, diteliti semula,” katanya.

Ujar Anwar, disebabkan itu beberapa projek perlu ditangguh dan diteliti semula atau dibatalkan kerana perhatian penuh perlu diberikan kepada masalah tersebut.

“Yang menjadi mangsa itu orang miskin dan majoriti yang miskin itu orang Melayu. Disebabkan itu kita nak belanjakan, kita kena teliti kerana ini merupakan soal tadbir urus,” perjelas Anwar mengenai situasi negara ketika ini.

Anwar berkata demikian ketika menerangkan mengenai situasi semasa negara dalam program Pertemuan Mahabbah bersama Ulama dan Asatizah di Seri Perdana, Putrajaya pada hari ini.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menegaskan, beliau percaya martabat agama dan bangsa mampu dijulang tinggi dengan menggunakan pimpinan yang tegas dan dapat membela nasib rakyat.

“Saya yakin Insya-Allah, orang Melayu dan martabat Islam boleh kita tingkatkan dengan pimpinan yang punyai ketegasan untuk membela nasib rakyat, itu keyakinan saya.

“Maknanya sama ada melalui sistem pendidikan yang harus diperbaiki, di sekolah tahfiz semuanya dengan menggunakan fahaman yang membina, tidak merobohkan,” tambah Anwar lagi.

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan bahawa pemimpin menggalas tanggungjawab besar dalam mendidik masyarakat mengenai kefahaman Islam.

“Peranan ulama bersama guru-guru agama untuk membantu membendung dan mendidik, berdakwah, memberikan kesedaran serta mempertahankan tradisi ilmu tetapi ditambah juga dengan kasih sayang,” katanya.

https://www.facebook.com/watch/?v=1385534468851241

Sumber: Awani

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.