Siakap Keli
Kredit: Beastlab/Twitter

Ada Yang Cecah RM 33 Juta Sebatang, Ini 10 Pen Berjenama Termahal Di Dunia

Sebatang Pen Bernilai RM 33 Juta, Ini 10 Pen Berjenama Dan Termahal Di Dunia

Di Malaysia terdapat pelbagai jenama pen yang di pasaran dan setiap jenama mempunyai beberapa perbezaan dari segi harga, kualiti dan reka bentuk.

Walaupun ada yang dijual pada harga yang lebih tinggi daripada jenama-jenama yang lain, namun umumnya ia masih mampu dimiliki oleh kebanyakkan pembeli.

Sebelum ini viral tentang pen yang digunakan oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-10 ketika istiadat perlantikan beliau di Istana Negara yang menggunakan pen berjenama Artline. Jadi kami ingin berkongsi antara pen termahal di dunia yang mempunyai tarikan tersendiri.

Jom kita lihat 10 jenis pen yang berjenama dan termahal di dunia yang di kongsi oleh seorang pengguna media sosial di akaun Twitternya, Beastlab.

Montegrappa – Ancient Mexican Civilisations Rollerball -RM 605,000

Kredit: Beastlab/Twitter

Untuk pengetahuan umum, Montegrappa adalah pemilik jenama mewah Tibaldi. Pen yang disalut dengan emas 18k ini direka hasil  inspirasi Peradaban Mexico Purba. Corak yang diukir ini merupakan imej tuhan-tuhan Mexico dan seni bina Maya yang sangat cantik. Pen ini hanya dikeluarkan 20 batang dan menjadikan ia antara pen termahal serta eksklusif.

Montblanc – Boheme Royal -RM 697,000

Kredit: Beastlab

Montblanc merupakan antara syarikat pengeluar barangan mewah terkemuka di dunia. Boheme Collection of Montblanc adalah koleksi pen yang popular yang dikeluarkan dibawah jenama ini.

Harganya yang mahal kerana pen ‘Royal’ ini dihasilkan daripada emas putih 18K dan ditatah dengan 1,351 biji berlian.

Caran d’Ache – 1010 Fountain -RM 740,000

Kredit: Beastlab

Nama 1010 merujuk kepada waktu 10 minit selepas pukul 10, yang dianggap sebagai titik estetik optimum pada sesebuah jam. Nama itu mencerminkan keseimbangan yang indah dan kerumitan yang terperinci, sepadan dengan jam tangan Swiss.

Pen ini hanya dikeluarkan 10 batang sahaja dan ia diperbuat daripada emas 18K dan batu nilam. Ia sangat sesuai bagi para peggemar pen dan juga jam mewah.

Montblanc – Diamond Solitaire (Meisterstuck Solitaire Royal LeGrand) – RM 740,000

Kredit: Beastlab

Satu lagi pen mewah dibahwa jenama Montblanc. Hampir keseluruhan bahagian pen ini disemat dengan butiran berlian yang sangat indah berjumlah 4,654 butir dan hujungnya mendapat kemasan emas.

Montblanc – Limited Edition Boheme Papillon – RM 974,000

Kredit: Beastlab

Ditangga keenam pen termahan di dunia juga merupakan produk milik Montblanc. Ia menggabungkan reka bentuk antara rama-rama dengan tumbuh-tumbuhan dan pen Boheme Papillon Edisi Terhad ini dihasilkan daripada emas dan nilam serta 1,402 butir berlian dan 37 butir batu safir.

Montblanc – Prince Rainier lll Limited Edition 81 -RM 1.1 Juta

Kredit: Beastlab

Ia merupakan pen pertama yang harganya melepasi RM 1 juta dalam senarai ini. 81 batang pen edisi terhad ini dikeluarkan pada 2007, iatu dua tahun selepas pemergian Putera Reinier III (Monaco). Jumlah berkenaan adalah simbolik kepada umur ketika kemangkatan putera berkenaan.

Pen ini mempunyai motif berlin emas putih, dengan 996 butir berlian dan 92 butir batu permata.

Caran d’Ache – La Modernista Diamonds -RM 1.12 Juta

Kredit: Beastlab

Pen ini direka khas untuk menghormati arkitek moden Catalonia yang terkenal iaitu Antonio Gaudi. Antara hasil kerja utama Antonio Gaudi adalah pembinaan gereja terbesar di dunia iaitu Sagrada Familia yang masih belum siap sejak tahun 1882.

Reka bentuk pen ini mengandungi 5,072 butir berlian dan 100 butir batu permata yang memerlukan masa selama 6 bulan untuk disiapkan oleh tukang berlian terkenal, Robert Perron.

Montblanc – Mystery Masterpiece – RM 3.09 Juta

Kredit: Google

Untuk meraikan ulang tahun penubuhan syarikat mereka yang ke-100, Montblanc telah bekerjasama dengan pembuat barang kemas Van Cleef & Arpels bagi menghasilkan pen ini.

Namanya merujuk kepada kaedah popular Van Cleef & Arpels dalam memasang dan menetapkan permata dikenali sebagai ‘tetapan misteri’ dan ia digabungkan dengan pen Montblanc yang terkenal iaitu ‘Mesisterstük’.

Mesisterstük dalam bahasa Inggeris bermaksud ‘Masterpiece’, kombinasi hebat dan menakjubkan ini menghasilkan sebatang karya asli reka bentuk pen yang sangat bernilai.

Aurora – Aurora Diamante – RM 6.2 Juta

Kredit: Beastlab

Pen Aurora Diamante diperbuat daripada 30 butir berlian termasuk sebutir berlian cabochan yang besar. Hanya seorang pemilik yang bertuah dan kaya sahaja yang boleh memiliki pen Aurora Diamante setiap tahun. Untuk memberikan penghormatan kepada pembeliny,  pen ini akan diberikan sentuhan personalise dengan tandatangan atau potret pembeli.

Tibaldi – Fulgor Nocturnus – RM 33 Juta

Kredit: Beastlab

Tibaldi hanya menghasilkan pen ini dalam jumlah yang sangat terhad, iaitu hanya sebatang. la direka menggunakan ‘Proporsi Ilahi Phi’ seperti yang digunakan dalam beberapa karya besar dunia dari Piramid hinggalah kepada ‘Penciptaan Adam’.

Begitulah senarai pen-pen termahan di dunia. Harganya memang tak masuk akal, namun boleh difahami kerana kebanyakkan disertakan dengan kualiti binaan menggunakan emas dan juga tatahan berlian.

Bagi pembeli senarai pen-pen mewah ini, ia merupakan salah satu bentuk pelaburan pada jangka masa yang panjang untuk pulangan yang lumayan kerana nilainya yang sentiasa bertambah.

Sumber: Beastlab via Twitter

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.