Siakap Keli
anwar terima panggilan pm kanada
Gambar: FB Anwar Ibrahim/pm.gc.ca

Anwar Terima Panggilan PM Kanada, Bincang Potensi Kerjasama Termasuk Pendidikan

Malaysia dan Kanada berpotensi untuk menjalinkan kerjasama baharu dalam pelbagai lapangan termasuklah pendidikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata demikian bagi berkongsi intipati perbincangan menerusi panggilan telefon yang diterimanya daripada Perdana Menteri Kanada, TYT Justin Trudeau pada pagi tadi.

Difahamkan antara intipati yang dibincangkan adalah berkaitan kerjasama antara dua negara khususnya dalam bidang pendidikan selain daripada ucapan tahniah yang diberikan.

“Menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Kanada, TYT Justin Trudeau pagi ini bagi merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan saya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

“Kami juga membincangkan potensi kerjasama baharu antara Malaysia dan Kanada dalam pelbagai lapangan, termasuk pendidikan, tenaga boleh diperbaharui, serta hubungan sesama insan.

“Kami turut perbaharui komitmen untuk meningkatkan hubungan dua hala Malaysia-Kanada ke tingkat yang lebih tinggi,” kata Anwar dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Justin turut menzahirkan rasa syukur kepada Malaysia kerana telah menyokongnya sebagai negara Asia dan turut mengambil peluang ini untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat.

Saya tahu rakyat sedang menghadapi cabaran yang sama dengan isu domestik, inflasi dan makanan sekuriti dimana semua negara turut merasainya, tetapi dengan bekerja dengan kawan dalam menguatkan lagi kerjasama, atau mencipta peluang adalah bagus untuk rakyat,” kata Justin.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata perkara tersebut akan dimaklumkan kepada kementerian yang terlibat dan menghargai peluang yang diberikan oleh Justin.

“Sudah tentu Kanada boleh menyumbang daripada segi demokrasi, akauntabiliti dan mengukuhkan institusi tetapi juga memberi tumpuan kepada perdagangan dan pelaburan ke malaysia,” ujar Anwar.

Jelas Justin pula, perkara sebegitulah yang dibuat di negaranya dalam memastikan segala kebaikan dapat disalurkan kepada rakyat hasil kerjasama antara kedua-dua negara.

“Itulah yang saya mahu kami lakukan, saya akan pastikan untuk memberitahu semua yang berkaitan dan pegawai saya juga mengenai peluang ini, kerana secara terus terang perspektif politik anda, pandangan anda yang luas saya fikir ia memberi banyak nilai dan boleh bekerjasama dengan baik untuk mendalami lebih daripada semua yang kita sudah ada,” tambah Justin lagi.

Sementara itu Anwar dalam kenyataan menambah, hubungan diplomatik Malaysia-Kanada telah terjalin secara rasmi pada tahun 1957 dan menyaksikan kerjasama ketara dalam bidang perdagangan pelaburan dan pertahanan serta keselamatan.

“Malaysia dan Kanada telah menyaksikan peningkatan dalam hubungan kerjasama dua hala sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun 1957 dengan nilai dagangan dua hala mencecah RM10.58 bilion pada tahun 2021.

“Manakala nilai pelaburan Kanada dalam sektor pembuatan Malaysia dalam tempoh 40 tahun kebelakangan adalah RM789 juta,” tambah Anwar.

Sumber: Anwar Ibrahim/Facebook

 

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.