Peminat Berduka Dapat Tahu ‘Oppa’ Jin BTS Kena Masuk Kerahan Tentera, Risau Penampilannya Nanti
Salah seorang anggota kumpulan terkenal BTS, Jin akan memulakan tugas wajibnya sebagai tentera kerahan Korea Selatan bermula Selasa.
Jin menjadi anggota pertama kumpulan tersebut yang mendaftarkan diri untuk tugasan negara tersebut. Berita berkenaan bagaimanapun mendatangkan kegusaran kepada peminat kumpulan berkenaan, yang menggelarkan diri mereka sebagai ARMY berkenaan masa depan BTS.
Dia akan mula menjalani latihan tentera selama lima minggu bermula Khamis ini sebelum dihantar bertugas bersama unit hadapan di sempadan Korea Selatan-Korea Utara. Kedua-dua negara tersebut secara teknikalnya masih berperang sehingga ke hari ini.
Pada Jun, BTS pernah mengumumkan hasrat mereka untuk berehat seketika daripada industri dengan memberi alasan kelelahan dan tekanan selain keinginan anggota kumpulan mengejar kareer secara solo.
Namun penganalisis berpendapat, pengumuman berstrategik berkenaan sengaja dibuat memandangkan sudah tiba masanya untuk anggota-anggota kumpulan tersebut mendaftarkan diri dengan kerahan tentera wajib.
Untuk pengetahuan, semua lelaki yang sihat tubuh badan di Korea Selatan mesti berkhidmat sekurang-kurangnya 18 bulan dalam tentera.
Namun, terdapat pendebatan selama bertahun-tahun untuk memberi pengecualian kepada ahli-ahli BTS daripada menyertai program itu. Namun, Oktober lepas syarikat pengurusan kumpulan itu mengesahkan bahawa semua ahlinya akan mendaftar untuk menyertai kerahan tentera tersebut.

BACA: Subsidi Pukal Mesti Disalurkan Semula Kepada Golongan M40, B40 & Peniaga Kecil – PM
Sumber: CNA