Siakap Keli
Kredit: Wade Duerkes -Northern Illinois University

Digelar “Super Senior ’22”, Nenek Cipta Kejutan Genggam Ijazah Di Usia 90 Tahun

Digelar “Super Senior ’22”, Nenek 91 Tahun Berjaya Tamatkan Pengajian & Genggam Ijazah

Usia bukanlah penghalang atau alasan untuk anda mencapai kejayaan dengan menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Ini kerana, kejayaan itu sebenarnya banyak bergantung dengan kesungguhan seseorang untuk mencapai kejayaan tersebut.

Baru-baru ini seorang wanita, Joyce Viola DeFauw, 90, mengejutkan dunia apabila berjaya menamatkan pengajian di Universiti Illinois Utara walaupun pada ketika itu usianya sudah menghampir seratus tahun.

Walaupun dilihat usianya agak lewat untuk menyambung pengajian jika dibandingkan dengan pelajar lain tetapi ia bukanlah penghalang baginya untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.

“Teruskan, jangan berputus asa. Anda mungkin ingin mengalah tetapi tetaplah bertahan kerana penghujung pasti tiba dan anda akan menjadi pemenang,” ” kata Joyce Viola DeFauw kepada “Good Morning America” dalam temu bual di telefon.

DeFauw mula mendaftar di Universiti Illinois Utara pada tahun 1951, beliau sebelum ini mempelajari pendidikan rendah awal dan kemudian mengambil jurusan ekonomi rumah tangga.

Kemudian, pengajiannya tertangguh selama tiga tahun setengah selepas dia mengambil keputusan untuk berkahwin dan membina sebuah keluarga dengan suami pertamanya.

Selepas kematian suami pertamanya, DeFauw berkahwin semula dan cahaya matanya bertambah. Ibu kepada sembilan anak itu yang kini juga seorang nenek kepada 17 dan moyang kepada 26 cicit itu berdepan dengan kesibukan rumah tangga, namun dia mendedahkan tidak pernah sama sekali melupakan terus pengajiannya.

Beliau yang tinggal di Geneseo, Illinois, mendaftar semula di NIU pada Ogos 2019 dan mula mengikuti kursus dalam talian Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Am dengan Kolej Seni dan Sains Liberal di universiti tersebut.

DeFauw turut mendedahkan bahawa dia sering bergelut dengan kursus dan banyak menghabiskan masanya dengan menyiapkan segala tugasan pada setiap hari.

“Kami (rakan sekelas) bertukar idea melalui komputer dan saya mempunyai pengajar yang hebat yang banyak membantu serta membimbing saya. Dengan dorongan semua orang seperti rakan, keluarga, dan guru jadi saya tidak boleh berputus asa,” katanya lagi.

Di majlis konvekesyen yang diadakan Ahad lepas, DeFauw berjalan melintasi pentas sambil mengenakan gaun tamat pengajian hitam dan topi hitam yang dihiasi dengan bintang emas dan “Super Senior ’22” padanya.

Kredit: Wade Duerkes -Northern Illinois University

Bagi sesiapa yang masih ingin mengejar impian mereka, walaupun sudah bertahun-tahun tertangguh, DeFauw mencadangkan mereka untuk segera melakukannya.

“Banyak yang anda akan terlepas dalam hidup ini jika tidak benar-benar memanfaatkan peluang yang ada,” katanya.

Sumber: Good Morning America

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.