Siakap Keli

Huawei MatePad Pro Terbaharu Dilengkapi Skrin OLED 120Hz, Pertingkat Produktiviti & Pengalaman Hiburan Sinematik

KUALA LUMPUR, 13 DISEMBER 2022 – Tablet generasi terbaharu HUAWEI MatePad Pro 12.6 inci, boleh didapati di seluruh negara pada harga RM4,299 mulai 15 Disember 2022. Edisi terkini MatePad Pro memperlihatkan penambahbaikkan dari segi reka bentuk luaran, kualiti skrin, pengalaman audio-visual, perisian, dan perkakasan.

Skrin OLED 12.6 inci 120 Hz

MatePad Pro terbaharu ini didatangkan dengan reka bentuk estetik dan ergonomik yang menarik. Dengan inspirasi yang diperoleh daripada tablet HUAWEI 12.6 inci yang sebelumnya, nisbah skrin-ke-badan mencapai 90% dengan kadar segar semula 120 Hz untuk meningkatkan lagi pengalaman menonton.

Ketepatan warna ΔE < 1 dengan 1.07 billion ketersediaan warna menawarkan paparan skrin yang lebih lancar dan nyata. Teknologi Universal Colour Consistency diguna pakai membolehkan paparan yang konsisten pada semua peranti HUAWEI.

Tablet ini juga telah dianugerahkan Pensijilan 3.0 TÜV Rheinland Full Care Display dan dilengkapi keupayaan perlindungan cahaya biru untuk memastikan kesihatan mata pengguna.

HUAWEI SOUND® untuk Audio dan Visual yang Mantap

Tablet ini dilengkapi sistem audio HUAWEI SOUND® dan lapan pembesar suara yang mampu menghasilkan audio-visual sinematik yang menakjubkan. Pembesar suara yang tersedia menawarkan frekuensi tinggi dan rendah yang dioptimumkan mengikut empat senario penggunaan biasa iaitu untuk mendengar muzik, menonton filem, pendidikan atau kelas dalam talian, dan tujuan gaming – pengalaman bunyi yang hebat untuk pelbagai senario.

Ekosistem yang Komprehensif Menyediakan Pengalaman Kerja serupa PC

HUAWEI terus melangkaui batasan teknologi dengan memperhalusi ekosistemnya untuk menawarkan pengalaman kerja yang lebih baik. App Multiplier dan Multi-Window yang dipertingkatkan merupakan ciri-ciri yang dapat memanfaatkan pengguna.

Dengan leretan yang cepat dan mudah, pengguna boleh membuka 2 aplikasi secara bersebelahan dan turut membuka tetingkap terapung pada masa yang sama. Buat masa sekarang, Multi-Window menyokong 4 tugas secara maksimum, termasuk 2 tetingkap bersebelahan dan 2 tetingkap terapung.

MatePad Pro menggunakan sistem operasi HarmonyOS 3, menampilkan skrin utama yang lebih pintar dengan rekaan skrin dan widgets yang boleh disesuaikan.

Selain daripada peningkatan perkakasan, perisian HUAWEI MatePad Pro juga telah dipertingkatkan. Aplikasi Notes yang dibina oleh HUAWEI menawarkan pilihan kertas dan berus, serta pelbagai alatan tipografi untuk memudahkan cacatan dan pengeditan harian. Take Snippet pula membenarkan pengguna memetik teks daripada gambar; salah satu ciri yang sangat berguna untuk pengguna peranti pintar hari ini.

Selain itu, peranti hiburan rumah terbaik – HUAWEI MatePad SE versi LTE juga tersedia di seluruh negara mulai sekarang. Tablet terbaharu ini direka khas untuk menghasilkan pengalaman hiburan yang ideal untuk seisi keluarga. Dengan ciri seperti HUAWEI FullView display, dwi pembesar suara, dan antena berprestasi tinggi, HUAWEI MatePad SE menyediakan pengalaman yang mengasyikkan untuk pengguna menonton filem, membeli-belah dalam talian, menyemak imbas media sosial dan banyak lagi. Setiap butiran telah direka khas untuk pengalaman yang paling memuaskan.

Harga dan Ketersediaan

Kedua-dua MatePad SE 10.4 inci and HUAWEI MatePad Pro 12.6 inci kini boleh didapati di pasaran:

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.