Menjelang Semi-Final Perancis vs Maghribi, #DimaMaghrib Jadi Trending, Apa Maksudnya?
Maghribi mencipta sejarah dalam Piala Dunia apabila menjadi pasukan pertama dari benua Afrika dan negara Arab yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir temasya tersebut. Lebih manis, mereka turut menewaskan gergasi-gergasi Eropah seperti Belgium, Sepanyol dan Portugal untuk mara ke peringkat tersebut.
Setelah kemenangan Maghribi dengan Portugal, viral di media sosial dengan tanda pagar #DimaMaghrib yang disertakan dengan ucapan tahniah untuk pasukan itu bagi meraikan kemenangan mereka.
Pasti anda tertanya-tanya apakah maksud tanda pagar Dima Maghrib yang tular di media sosial itu kan?
Perkataan Dima berasal daripada perkataan ‘Darija’ atau dialek Arab wilayah Maghreb yang bermaksud “Selamanya”. Manakala ‘Maghrib’ ialah cara orang Maghribi memanggil negara mereka dan ia berasal daripada nama rasmi negara mereka iaitu Al-Mamlakah Al-Maghribiyyah, maka maksud Dima Maghrib ialah “Maghribi Selamanya”.
Ia adalah frasa yang digunakan untuk menyatakan kebanggaan rakyatnya terhadap negara dan perayaan Maghribi. Jadi, perkataan ‘Dima’ tidak boleh dikelirukan dengan ‘demmna’ yang membawa maksud kepada ‘darah kita’.
Berkenaan nama rasmi Maghribi iaitu Al-Mamlakah Al Maghribiyyah pula, jika ia diterjemahkan akan membawa maksud sebagai “Kerajaan di Tebing Barat”. Manakala perkataan Maghribi berasal dari nama kota Marrakesh, salah satu bandar yang penting kepada negara itu sejak zaman khalifah Almohad. Marrakesh sendiri dalam bahasa Amazigh bermaksud “Tanah Tuhan”.
Sebelum penubuhan negara-negara negara moden di rantau Afrika Barat Laut pada abad ke-20, kawasan barat laut ini umumnya dianggap sebagai Maghreb. Walau bagaimanapun, seawal abad ke-19, Maghreb biasanya dianggap wilayah Algeria, Maghribi, dan Tunisia kerana Maghreb meliputi kawasan Mediterranean Barat dan pantai Afrika Utara.
BACA: “Maaf Jika Ada Kekurangan”, Hantar Nota Serah Tugas, Tweet KJ Dipenuhi Ucapan Penghargaan