KUALA LUMPUR, 12 DISEMBER 2022 – Waterco (Far East) Sdn Bhd (Waterco Malaysia), peneraju penyedia penyelesaian sehenti untuk persekitaran air yang bersih dan selamat, telah bekerjasama dengan Program Titipan Kasih, suatu aktiviti tanggungjawab sosial korporat untuk memastikan masyarakat Islam tempatan mendapatkan akses yang lebih baik kepada penggunaan air berpenapis halal yang bersih, suci dan selamat. Melalui inisiatif ini, Waterco Malaysia telah memberi sumbangan kepada masyarakat Islam tempatan seperti masjid, surau, rumah anak yatim, dan perniagaan makananan dan minuman kecil tempatan dengan penapis air yang disahkan halal untuk kegunaan harian mereka.
Pengambilan air yang bersih dan halal adalah salah satu elemen yang amat penting dalam perspektif umat Islam. Seperti kita ketahui, majoriti rakyat negara kita telah memperolehi akses kepada air yang bersih. Walaubagaimanapun, keperluan penapis air yang disahkan halal sukar ditangani meskipun masyarakat Islam merupakan populasi terbesar di Malaysia. Sumber air pada semula jadinya adalah halal, namun sepanjang proses rawatan dan penapisan, ia boleh mengubah sifat air disebabkan bersentuhan dengan bahan asing yang meragukan.
Demi menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Malaysia, Waterco Malaysia telah menghulurkan sumbangan bagi menyediakan sistem penapisan air yang disahkan halal kepada masyarakat Islam yang memerlukan. Sistem penapisan yang halal ini akan dapat membantu masyarakat Islam bagi memenuhi keperluan harian mereka seperti berwuduk, bersuci dan proses penyediaan makanan dan minuman untuk perniagaan.
Menurut Encik Harfizi Hassan, Pengurus Hal Ehwal Awam dan Projek Khas Waterco Malaysia, sebagai sebuah syarikat pengeluar penapis air terkemuka di Malaysia, beliau percaya bahawa setiap insan perlu mendapatkan akses kepada air bersih dan selamat, penggunaan penapis air halal adalah merupakan satu aspek yang perlu dititikebratkan dan ditangani dengan sebaiknya.
“Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, sektor perniagaan serta badan-badan yang berkaitan perlu memainkan peranan masing-masing untuk memahami keperluan rakyat Malaysia. Pensijilan halal adalah satu aspek yang penting bagi umat Islam di mana ianya bukan sahaja sekadar pengiktirafan untuk makanan, malah ia juga untuk memastikan kualiti air adalah bersih dan halal di mana air merupakan keperluan asas dalam kehidupan kita. Kami amat bersyukur dan berterima kasih kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan Program Titipan Kasih bagi mendekati umat Islam yang memerlukan disamping memastikan ketersediaan air yang bersih dan selamat setiap kali mereka membuka pili air,” kata Encik Harfizi.
Waterco Malaysia telah mengambil pendekatan dengan mendapatkan kelulusan pensijilan halal secara rasmi pada Jun 2022. Ini telah membuktikan dedikasi mereka dalam mengeluar dan menghasilkan penapis air halal yang bermutu tinggi, terjamin dan selamat . Waterco juga telah menubuhkan jawatankuasa halal dalaman untuk memenuhi syarat ketat terhadap pensijilan dan telah menjemput badan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) untuk mengaudit Sistem Pengurusan Halal (HMS) dan operasi produk mereka.
“Selain daripada memberi jaminan kepada pengguna Islam, pensijilan halal turut berfungsi sebagai ketetapan piawaian untuk kualiti produk, keselamatan dan juga kebersihan. Ketetapan piawaian ini telah memenuhi dan melangkaui bukan sahaja untuk keperluan dari segi keagamaan malah ia juga memberi keyakinan kepada para pengguna terhadap kualiti produk yang bermutu. Pensijilan halal yang diiktiraf untuk produk penapis air kami mencerminkan komitmen dalam menyediakan air yang bersih dan selamat untuk kegunaan rakyat Malaysia sambil menawarkan produk yang tahan lama, mesra alam, dan mampu-milik,” kata Encik Harfizi.
Untuk maklumat lanjut tentang Waterco Malaysia dan inisiatifnya, sila layari: https://www.waterco.com.my/