Siakap Keli

Ada Akaun Twitter Kini Dapat Simbol “Verified” Emas, Apa Maknanya & Beza Dengan Simbol Biru?

Twitter Lancar Tanda Semak Emas Selepas Tanda Twitter Biru

Beberapa akaun Twitter kini dilapor mendapat pengesahan status atau verified bewarna emas, iaitu simbol yang berbeza dengan pengesahan status Twitter Blue yang berwarna biru sebelum ini. Warna pengesahan status baharu itu mula dipaparkan di akaun-akaun yang berkenaan sejak Twitter melancarkan semula pelan langganan Twitter Blue.

Difahamkan, akaun Twitter rasmi pertama yang mendapat pengesahan emas tersebut adalah akaun Twitter Blue sendiri.

Menurut laporan Bussines Today, simbol pengesahan biru bagaimanapun masih dikekalkan namun kini digunakan untuk tujuan yang berbeza.

Simbol pengesahan bewarna biru kini ditawarkan kepada pemilik akaun peribadi yang melanggan Twitter Blue manakala simbol pengesahan emas pula diberikan khusus kepada pemilik akaun perniagaan yang melanggan Twitter Blue for Bussiness.

Namun begitu, Twitter Blue for Bussiness ini kini dikatakan masih lagi di dalam fasa pengujian. Simbol pengesahan status emas itu membolehkan pemilik akaun memaklumkan kepada pengguna mereka bahawa akaun tersebut adalah akaun perniagaan rasmi di platform Twitter.

Simbol berkenaan juga dapat membantu pengguna mendapatkan kepastian bahawa akaun perniagaan yang diikuti adalah akaun yang sah.

Simbol pengesahan emas itu juga kini boleh dilihat di semua akaun rasmi milik Twitter. Ia juga boleh dilihat pada pelbagai akaun syarikat terkemuka dunia seperti Google, Audi dan Xiomi.

Di Malaysia pula, setakat ini akaun Twitter rasmi Astro Awani dan juga Netflix Malaysia ada memaparkan simbol baharu tersebut.

Sumber: Business Today

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.