Siakap Keli

Awas, Hujan Berterusan Buruk Dijangka Landa Beberapa Daerah Di Pahang & Johor Hari Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan yang dijangka bakal melanda dua negeri hari ini.

Hujan secara berterusan itu dijangka akan berlaku di negeri Pahang dan Johor.

Amaran hujan berterusan tahap buruk telah dikeluarkan bagi Pahang yang melibatkan daerah Pekan dan Rompin manakala Johor pula melibatkan daerah Mersing.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada pula dijangka akan berlaku di Pahang yang melibatkan daerah Kuantan dan Bera.

Di Johor, kawasan-kawasan yang dijangka terlibat di Segamat, Kluang dan Kota Tinggi.

Amaran hujan berterusan tahap buruk dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh 6 jam.

Manakala amaran hujan berterusan tahap waspada pula dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir yang sedang atau dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan.

Sumber: Met Malaysia via Facebook

Farah Nabilah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.