“Jangan Gatal, I Love You”, Pengantin Baru Kena Usik, Bawa Bekal Siap Ada Nota ‘Amaran’ Manja
Budaya menyediakan bekal ke tempat kerja bukan sahaja menjimatkan perbelanjaan seharian malah memberi peluang kepada suami menikmati makanan yang dijamin lebih bersih dan berkhasiat yang disediakan oleh isteri tercinta.
Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial @yusrychow berkongsi satu video dia bersama rakan-rakan yang lain mengusik rakan sekerja yang baru sahaja mendirikan rumahtangga. Usikan mesra itu dibuat selepas rakan mereka membawa bekal daripada rumah yang disediakan oleh isterinya.
@yusrychow Pengantin baru sarapan pagi lain macam haha #fyp
Menerusi video itu dapat dilihat pengantin baru itu berkeras tidak memberi rakan-rakannya untuk melihat bekalnya kerana atas penutup bekal itu tertulis nota yang manis dan secebis ayat amaran dari isterinya tertulis “Have a good day baby, Jangan Gatal, I love you”.
Video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 1 juta dan tanda suka sebanyak 88 ribu.
Sebilangan netizen yang meninggalkan komen turut tercuit hati dan berkongsi rasa gembira masing-masing melihat kebahagiaan pasangan tersebut. Mereka juga berkesempatan mendoakan kebahagian rumah tangga pengantin baharu tersebut dan berharap kebahagian mereka berkekalan.


Indah kan perkahwinan? Selamat pengantin baru buat mereka yang bakal mengakhiri zaman bujang masing-masing sempena cuti sekolah ini.
BACA: Menjelang Semi-Final Perancis vs Maghribi, #DimaMaghrib Jadi Trending, Apa Maksudnya?
Sumber: @yusrychow via Tiktok