Siakap Keli

Mesyuarat Koordinasi Kos Sara Hidup Antara KPDN Dan MAFS

Putrajaya, 13 Disember 2022 – Satu mesyuarat koodinasi Kos Sara Hidup telah diadakan antara KPDN dan MAFS di Bilik Gerakan Aras 7 Wisma Tani Putrajaya.

Perbincangan antara pengurusan tertinggi kedua-dua Kementerian adalah sebagai lanjutan dari mesyuarat NACCOL ke-4 yang diadakan di sebelah pagi yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.

Fokus utama ialah untuk mengembalikan ekosistem bekalan makanan terutama telur yang masih kritikal dan langkah-langkah immediate yang telah diambil seperti pengimportan telur serta langkah-langkah dasar, struktural dan sistemik agar Malaysia kembali menjadi pengeluar telur kelima terbesar di dunia, harga stabil lantaran bekalan yang mencukupi dan keupayaan mengeksport yg meningkatkan hasil pendapatan negara.

Dua kertas telah dibentangkan; satu berkenaan dengan telur diikuti dengan baja. Mesyuarat ini akan terus diadakan untuk memastikan rantaian bekalan dan nilai dari pengeluar hingga ke peruncit dan pengguna pulih sepenuhnya.

 

YB Menteri, YB Timbalan Menteri, YBhg KSU dan TKSU serta pengurusan kedua-dua Kementerian menghadiri mesyuarat tersebut.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.