Siakap Keli
england juara dunia
Gambar: Twitter Wholesale Clearance UK

Niat Nak Jual Semula, Syarikat Kerugian Selepas Beli 18,000 T-Shirt ‘England Juara Piala Dunia’

Membeli 18, 000 Jersi Untuk England, Sebuah Syarikat Hadapi Kerugian Besar

Sebuah syarikat berpangkalan di Dorset, England berdepan kerugian besar selepas membeli  18,000 helai t-shirt dengan cetakan ‘England Juara Piala Dunia’.

Syarikat berkenaan, Wholesale Clearance UK dilapor membeli t-shirt berkenaan dalam jumlah yang besar selepas melihat prestasi memberansangkan England di Piala Dunia dan menjangkakan pasukan itu akan muncul sebagai juara. Mereka merancang untuk menjual t-shirt tersebut pada harga RM 163 sehelai, namun kini terpaksa menjualnya pada harga lelong RM 54 sehelai.

“Saya benar-benar kecewa kerana England telah tersingkir daripada Piala Dunia. Sebelumnya, saya sangat kagum dengan prestasi England di Qatar dan sangat pasti mereka akan memenangi kejohanan tersebut tahun ini.

”Jadi, apabila didekati beberapa pembekal untuk menjual pakaian-pakaian tersebut, saya tidak boleh menolaknya,” kata Baxter, wakil syarikat tersebut.

Malangnya, England gagal memenuhi jangkaan ramai apabila tewas kepada Perancis di peringkat suku akhir menerusi jaringan 2-1.

“Sekarang saya ada 18,000 helai baju yang tertera cetakan ‘England Juara Piala Dunia’, saya tidak tahu apa yang harus dilakukan,” katanya lagi.

Beliau turut merayu kepada peminat pasukan itu untuk membeli jersi tersebut sebagai kenangan kerana pasukan mereka telah layak ke suku akhir Piala Dunia 2022, walaupun tidak memenangi trofi tersebut.

“Saya ingin merayu kepada peminat England untuk membeli salah satu jersi ini untuk disimpan sebagai secebis sejarah dan ingatan betapa baiknya pasukan kita bermain di Piala Dunia Qatar 2022. Walaupun mereka belum menang, mereka masih pemenang di mata saya,” ujar Baxter.

Setakat ini, tidak dipastikan sama ada t-shirt berkenaan mendapat sambutan daripada para pembeli.

Sumber: The Independent

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.