Siakap Keli
tabung misi jombantu
Gambar: FB KELLS

Tabung Misi #JomBantu Dibuka, Kongsi Rezeki Untuk Golongan Memerlukan

Kehidupan di dunia ini berlainan, tatkala ada yang mempunyai harta untuk membeli barangan keperluan harian, ada segelintir yang tidak bernasib baik, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Oleh itu ramai pihak bertindak untuk berganding bahu khusunya Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) membantu golongan yang tidak bernasib baik dengan mengumpulkan dana untuk mereka.

Walaupun dalam era globalisasi ini, tidak dinafikan wujud segelintir pihak turut dilihat mengambil peluang untuk menipu dengan menyamar menjadi NGO yang membantu golongan memerlukan.

Disebabkan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati apabila membuat sumbangan kepada mana-mana NGO. Selidik dahulu ‘keabsahan’ mereka.

Terdapat banyak NGO yang sahih antaranya Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial (KELLS), yang ditubuhkan pada tahun 2015 dan telah didaftarkan secara sah di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Pada waktu ini, KELSS membuka tabung misi untuk mengagihkan bantuan hasil perkongsian rezeki dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Orang ramai kini boleh membuat amal jariah dengan memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Ikuti perkongsian di bawah ini.

TABUNG MISI #JOMBANTU

Kredit: FB Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, 

Tabung ini dibuka kepada orang ramai yang ingin berkongsi rezeki untuk kami agihkan kepada golongan mereka yang memerlukan di Malaysia melalui Misi#JomBantu yang kami gerakkan sejak KELSS ditubuhkan pada tahun 2015.

Apa bentuk sumbangan yang kami terima?

Tabung ini menerima sumbangan dalam bentuk sepertimana berikut:

  • Kewangan
  • Peralatan keperluan pesakit/OKU (seperti katil, kerusi roda dll)
  • Barangan keperluan dapur
  • Barangan keperluan khas pesakit (seperti susu, lampin dll)

Bagaimana untuk menyumbang?

Untuk sumbangan kewangan, boleh salurkan ke akaun rasmi kami:

CIMB 8602 4983 68 (KELAB KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN SOSIAL)

Untuk sumbangan barangan & peralatan, boleh hubungi kami melalui pautan WhatsApp berikut:

www.wasap.my/60179404640/JomBantu

Antara liputan aktiviti kami di media tempatan

#TogetherWeHelp
#JomBantu

https://www.facebook.com/kelssmalaysia/posts/pfbid029P3pGMGsbXGEEpib6LzejR9wSTtcuTQV2LW6UyP1yAYutDz5uwPPrz1fEEKpRYxNl

Sumber: Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial/Facebook

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.