Ada DNA Arsenal, Viral Foto Jurulatih Maghribi Pernah Ikut Kelas Taktikal Mikel Arteta
Maghribi muncul sebagai pasukan paling memberi kejutan di Piala Dunia tahun ini selepas mengungguli saingan peringkat kumpulan yang mengandungi Croatia serta pasukan ranking No.2 dunia, Belgium.
Pasukan Afrika Utara itu juga berjaya menewaskan gergasi Eropah seperti Sepanyol dan Portugal pada pusingan 16 dan suku akhir masing-masing sebelum ditundukkan Perancis di peringkat separuh akhir.
Apa yang menakjubkan adalah, terdapat laporan yang mengatakan bahawa ketua jurulatih Maghribi, Walid Regragui mengendalikan perlawanan pertamanya bersama skuad kebangsaan pada September lalu. Sejak itu, dia muncul sebagai pengurus berbangsa Afrika pertama yang memimpin pasukan Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia.
Antara perkara yang mencuri tumpuan disebalik kisah kejayaan skuad Maghribi ini, adalah tular beberapa keping foto yang menunjukkan Regragui pernah mengikuti kelas taktikal bersama jurulatih Arsenal, Mikel Artikel sebelum ini.
This is Morocco manager Walid Regragui, attending a tactics seminar by Mikel Arteta, who displayed his ideas in the FA Cup final vs Man City.
This is a person with a willingness to learn & progress. Just 1 year on, he finds himself in the World Cup semi-final. He worked so hard. pic.twitter.com/ez4QxfnfR6
— EuroFoot (@eurofootcom) December 13, 2022
Dalam seminar berkenaan, Arteta berkongsi beberapa idea berkenaan DNA Arsenal dan taktikal yang diterapkannya ketika skuad bimbingannya mencatatkan kemenangan ke atas Manchester City dalam perlawanan separuh akhir Piala FA 2020.
Arsenal kemudiannya menjulang trofi tersebut selepas menewaskan Chelsea pada perlawanan akhir.
Walaupun kita tidak boleh mengaitkan semua pencapaian Regragui dengan Arteta, tetapi sikapnya yang sedia belajar dengan jurulatih lain adalah satu perkara yang sangat menarik.
Malah, kejayaannya membawa Maghribi ke separuh akhir ini pasti akan menaikkan sahamnya sebagai pengurus dan menarik perhatian banyak kelab.
Selepas tewas di tangan Perancis, kini ada satu lagi tugas berbaki untuk Regragui bersama Maghribi di Piala Dunia apabila bakal membuat perhitungan dengan Crotia untuk penentuan tempat ketiga dan keempat.
Sumber: football.london, @Eurofoot via Twitter