Kehilangan adalah satu lumrah yang akan terjadi dalam kehidupan kita tanpa kita ketahui waktu ketibaannya.
Sebagai manusia kita mesti kuat dan cekal dalam menempuh segala dugaan yang mendatang. Mungkin ada hikmah di sebalik setiap perkara yang berlaku kepada kita, kita tidak tahu.
Justeru, kita perlu reda kepada jalan yang telah ditentukan-Nya kepada kita untuk dijalani. Mungkin rancangan kita tidak seindah rancangan-Nya.
Menurut satu perkongsian pendakwah terkenal, Ebit Lew berkongsi satu berita sedih di laman Facebook miliknya yang mengatakan bahawa isteri tercintanya telah mengalami keguguran.
“Doakan ya bidadari saya cepat sihat. Bidadari saya baru keguguran. InsyaAllah bidadariku sayang. Allah uji sebab dia sayang,” katanya.
Dalam kenyataan yang sama, Ebit Lew juga dilihat memuji kedudukan dan pengorbanan isteri serta ibu kepada anak-anaknya itu.
“Betapa mulia dan ketinggian seorang isteri. Hanya Allah yang layak membalas segala pengorbananmu. I love you bidadariku till jannah,” tulisnya di laman Facebook.
https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/posts/pfbid0mGhrF6TQMhgSBnjRfP9CixnMKnEPFwjxmmMHTiRvcydDSzzM9YTCudSBLarNiajRl