Siakap Keli
Kanak-kanak Terjun Tasik Membeku Maut Bersama Mangsa
Kredit: Skynews

Demi Selamatkan Orang Tidak Dikenali, Kanak-kanak Terjun Tasik, Membeku Maut Bersama Mangsa

Demi Selamatkan Orang Tidak Dikenali, Kanak-kanak Terjun Tasik Membeku Maut Bersama Mangsa

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dilaporkan maut selepas nekad terjun ke dalam tasik sedang membeku, di West Midland, United Kingdom untuk menyelamatkan sekumpulan kanak-kanak yang terjatuh.

Dia dilaporkan maut bersama dua mangsa yang cuba diselamatkan iaitu masing-masing berusia enam dan 11 tahun.

Manakala mangsa keempat tragedi tersebut, berusia enam tahun dilaporkan kritikal dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital, lapor The Sun UK.

Ahli keluarga mangsa yang terlibat telah menceritakan apa yang berlaku. Menurut ibu saudara mangsa, anak saudaranya mendengar jeritan meminta pertolongan dari sekumpulan kanak-kanak yang terjatuh ke dalam tasik sebelum bergegas menghulurkan bantuan.

Kata ibu saudaranya lagi, mangsa hanya berfikir untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut yang tidak dikenalinya, tanpa mempedulikan keselamatan diri sendiri.

Selepas dimaklumkan oleh orang awam, pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian dan segera terjun ke dalam tasik untuk membawa keluar kesemua mangsa dari dalam air sebelum menghantar mereka ke hospital.

Richard Stanton, komander kawasan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat West Midlands, menyifatkan kematian itu sebagai “tragedi yang tidak dapat dibayangkan”.

Mereka juga mengeluarkan amaran agar orang ramai menjauhi kawasan air terbuka dan beku kerana suhu terus menjunam di seluruh negara.

Kejadian tersebut turut memberi kesan kepada penduduk setempat yang mengenali rapat kesemua mangsa. Malah, mereka juga tidak dapat membayangkan apa yang ditanggung oleh kanak-kanak tersebut apatah lagi kini sebuah video yang merakam jeritan meminta pertolongan daripada mangsa turut tersebar.

BACA: Kabinet Setuju Tamatkan Jawatan Pengerusi, Lembaga Pengarah Lantikan Politik Di Agensi Kerajaan Atau GLC

Sumber: The Sun

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.