Siakap Keli

Eskalator Di Beberapa Stesen MRT Dibaik Pulih, Ada Dijangka Selesai 16 Disember Ini

Eskalator Di Beberapa Stesen MRT Dibaik Pulih, Dijangka Selesai 16 Disember Ini

Pihak Prasarana sebentar tadi mengemaskini status kerja pembaikpulihan kemudahan di beberapa stesen MRT dibawah penyeliaannya.

Menurut akaun rasmi RapidKL (@myrapidkl) sekitar tengah hari tadi, antara kemaskini situasi semasa yang dimaklumkan adalah bagi kerja pembaikpulihan fasiliti di stesen-stesen MRT bagi laluan Kwasa Damansara – Kajang.

Antara kemudahan yang dibaikpulih ketika ini adalah eskalator dan bumbung. Terdapat tiga buah ekskalator dan sebuah bumbung di stesen MRT berkenaan yang dibaikpulih, menurut Twitter MyRapidKL.

Manakala di MRT Muzium Negara, secara khususnya, eskalator pada laluan pejalan kaki Muzium Negara menuju ke KL Sentral telah berjaya dibaikpulih, menerusi pemasangan pemegang tangan untuk eskalator yang selesai pada 14 Disember.

Kredit: MyRapidKL

Selain itu, kerja pemasangan Step Chain untuk untuk eskalator nombor 5 di Stesen MRT Kajang juga sedang giat dijalankan dan dijangka selesai pada 16 Disember ini.

Kredit: MyRapidKL

Seterusnya, kerja pembaikpulihan serupa dijalankan pada eskalator nombor 1 di stesen MRT Kota Damansara. Sesi ini juga dijangka bakal selesai sekitar 16 Disember.

Kredit: MyRapidKL

Akhir sekali, sebuah bumbung Lift Core di stesen MRT Taman Connaught telah selesai dibaikpulih pada 14 Disember semalam.

Kredit: MyRapidKL

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan, semua lif di 16 stesen monorel sekitar Lembah Klang masih tidak berfungsi berdasarkan laporan audit diterima daripada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Menurut beliau, laporan audit itu memaklumkan sebanyak 664 lampu masih tidak berfungsi dari aspek pencahayaan sementara, dari aspek mobiliti pula, 46 daripada 706 eskalator juga didapati tidak berfungsi. Beliau turut mengarahkan kerja-kerja baik pulih dijalankan segera.

Diharapkan, dengan kemudahan-kemudahan rosak yang dibaiki ini dapat menjadikan perjalanan pengguna perkhidmatan awam berjalan lancar.

BACA: Budak Dilapor Maut, Jenguk Kepala Keluar Tingkap Bas & Terlanggar Tiang Tepi Jalan

Sumber: MyRapidKL via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.