Siakap Keli
lelaki ditembak kerana jagung
Kredit: Liverpool Echo

Gara-Gara Jagung Tiada, Pekerja Ditembak Pelanggan

Gara-gara tidak dapat mengawal emosi, seorang warga Amerika Syarikat (US) bertindak menembak pekerja selepas berang mendapat tahu restoran makanan segera itu kehabisan jagung, pada Isnin, lapor Daily Star

Menurut penyiasat, penembak terbabit  memasuki lorong pandu lalu sebuah restoran di kejiranan Central West End, yang terletak di bandar US selepas mencuba untuk membuat pesanan.

Suspek yang dianggarkan berada dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun itu, mula membuat ugutan kepada kakitangan menggunakan pembesar suara apabila dia dimaklumkan mengenai ketiadaan stok jagung.

Suspek tersebut tidak dapat mengawal kemarahannya hingga bertindak mengeluarkan senjata pistol dan disorokkan semasa memandu ke tingkap pandu lalu.

Polis berkata seorang pekerja pergi ke luar untuk bercakap dengan pemandu mengenai isu itu tetapi kembali ke restoran mengatakan bahawa dia telah ditembak oleh suspek tersebut.

Difahamkan, mangsa berusia 25 tahun itu telah dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal susulan kejadian tembakan berlaku.

Suspek melarikan diri selepas melepaskan tembakan kepada mangsa. Setakat tengah hari Selasa, polis masih tidak berjaya melakukan penangkapan ke atasnya dan masih meneruskan usaha mencari penembak berkenaan.

Sumber: Daily Star

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.