Siakap Keli
Gambar: NBA

Mahu Beri Penghormatan Kepada Pemain Legenda, NBA Namakan Semula Trofi MVP Sebagai Trofi Michael Jordan

Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) telah menamakan semula anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) sebagai Trofi Michael Jordan sebagai pengharagaan kepada  pemain legenda NBA itu.

Memetik laporan CNN, NBA mengumumkan enam trofi baharu bagi setiap anugerah yang bakal dirangkul oleh seorang individu yang kini dinamakan sempena pemain legenda NBA.

Difahamkan, Jordan telah memenangi anugerah MVP sebanyak lima kali sewaktu mewakili pasukan Chicago Bulls terdahulu.

Disifatkan sebagai pemain bola keranjang terbaik, Jordan sudah bermain dalam 1,072 perlawanan NBA dengan meraih 32,292 mata skor pada musim biasa, malah dia merupakan juara liga sebanyak 10 kali dan turut dinamakan sebagai MVP Akhir sebanyak enam kali.

Pada 1984, Jordan menghabiskan sebahagian besar kerjayanya dengan pasukan Chicago Bulls sekaligus menjadi ikon global yang membawa nama NBA di seluruh dunia.

Selain itu, trofi Michael Jordan yang diperbuat daripada gangsa itu menjadi lebih istimewa kerana ia bakal menampilkan ukiran seorang pemain yang sedang mencapai bola keranjang kristal dan penuh dengan butiran kecil yang menunjukkan pencapaian Jordan.

Kredit: NBA

Trofi tersebut mempunyai ketinggian 59 cm serta berat 10.7 kg dan mempunyai lambang nombor 23 yang mewakili nombor jersi ikonik Jordan serta nombor 6 iaitu bilangan kejohanan NBA.

Kredit: NBA

Menurut Pesuruhjaya NBA, Adam Silver, koleksi trofi baharu mereka telah meraikan beberapa pemain bola keranjang terhebat dan bakal meninggalkan kesan dalam sejarah NBA.

“Memandangkan kami mengiktiraf prestasi terbaik liga pada setiap musim, kami juga mahu memberi penghormatan kepada legenda yang merangkumi anugerah berprestij ini,” katanya.

Bukan itu sahaja, NBA juga telah memberikan anugerah baharu bermula musim 2022/2023 iaitu ‘Clutch Player of the Year’. Anugerah ini diberikan kepada pemain yang sering memberikan mata jaringan pada saat-saat akhir perlawanan.

Selain anugerah MVP, lima anugerah baharu yang lain bakal diberikan kepada pemain terpilih seperti Trofi Hakeem Olajuwon (Pemain Pertahanan Terbaik), Trofi Wilt Chamberlain (Pemain Baru Terbaik), Trofi Jerry West (Pemain Clutch Terbaik), Trofi John Havlicek (Pemain Keenam Terbaik NBA) dan Trofi George Mikan (Pemain Terbaik Tahunan).

Sumber: CNN, BBC

Farah Nabilah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.