Peminat England Teruja Guna Paip Air Di Tandas Qatar, ‘Ngeri’ Bila Fikir Di Eropah Hanya Pakai Tisu
Seorang peminat bola sepak yang menghadiri Piala Dunia Qatar 2022 berkongsi keterujaannya mencuba paip air atau bidet untuk mencuci ketika menggunakan kemudahan tandas di negara tersebut.
David Vujanic berkongsi perasaannya itu melalui satu tweet yang dimuat naik olehnya di laman Twitter @DavidVujanic.
”Selepas mengguna paip air selama sebulan di Qatar, saya berasa sangat ngeri memikirkan kami hanya menggunakan tisu di United Kingdom/Eropah.
”Benda ini (paip air) adalah terbaik,” katanya.
Been using the toilet bum shower thing in qatar for a month…I am absolutely horrified we only use toilet paper in the Uk/Europe. This is the best thing ever man.
— VUJ (@DavidVujanic) December 14, 2022
Katanya lagi, dia pernah mengguna bidet ketika berada di Perancis, namun pengalaman menggunakan bidet dengan air bertekanan tinggi di Qatar adalah lebih praktikal.

Hal ini disebabkan, paip air berkuasa tinggi bersifat fleksibel dan boleh membersihkan mana-mana anggota badan dengan mudah dan berkesan.

Pada akhir kenyataannya, Vujanic menyatakan hasrat untuk membeli paip ini dan memasangnya di rumahnya selepas pulang ke London nanti.
Dia juga merasakan penggunaan air adalah lebih baik untuk membersihkan bahagian sulit serta dapat meningkatkan kualiti kebersihan hidup, khususnya untuk kepentingan kesihatan dan keyakinan diri.
Tweet yang dimuat naik itu mendapat reaksi bercampur baur di ruangan balasan. Namun, rata-rata berkongsi pengalaman positif masing-masing ketika menggunakan bidet. Setakat ini, tweetnya sudah mendapat lebih 50 ribu tanda suka dan lebih seribu balasan.
BACA: Walau Kalah & Gagal Ke Final, Pemain Maghribi Tetap Sujud Tanda Syukur Pada Yang Maha Esa
Sumber: @DavidVujanic via Twitter