Siakap Keli
KAPAL SELAM SINGAPURA
Gambar: TKMS

Penting Untuk Negara Maritim & Lindung Laluan Perdagangan, Singapura Lancar Dua Kapal Selam Khas

Singapura Lancar Kapal Selam Kedua Dan Ketiga Kelas Invincible Type 218SG Di Jerman

Singapura dilapor melancarkan dua buah kapal selam baharu milik Tentera Laut Republik Singapura (RSN) secara serentak pada Selasa, di Utara Jerman.

Kapal-kapal selam kelas Invincible itu diberi nama Impeccable dan Illustrious, merupakan kapal kedua dan ketiga daripada empat kapal selam khas jenis 218SG yang dibina oleh syarikat ThyssenKrupp Marine Systems (TKMS). Manakala kapal selam khas pertama kelas itu dilancarkan pada 2019 dan diberi nama Invincible.

Majlis pada Selasa telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan dihadiri oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Mengikut tradisi yang sudah lama wujud dalam komuniti tentera laut, kapal berkenaan dilancarkan oleh isteri penaja, iaitu isteri kepada Perdana Menteri Singapura, Puan Ho Ching.

Ia turut disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Ng Eng Hen, Menteri Luar Negeri, Vivian Balakrishnan dan ketua-ketua pertahanan dari Singapura dan Jerman.

Dalam ucapannya, Presiden Singapura menekankan kepentingan kapal selam itu dalam membantu Singapura sebagai sebuah negara maritim memastikan laluan lautnya selamat untuk pergerakan barangan dan bahan.

Katanya lagi, negara tersebut sangat bergantung kepada perdagangan maritim yang bebas dan tanpa halangan untuk kemakmuran serta kelangsungan hidup.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada TKMS dan Tentera Laut Jerman atas sokongan serta perkongsian kepakaran mereka, sambil menyatakan hubungan pertahanan yang semakin meningkat antara kedua-dua negara.

“Kapal selam yang dilancarkan hari ini adalah manifestasi nyata kerjasama erat dan produktif kami.

“Kerjasama erat dalam keupayaan strategik ini menunjukan kepercayaan mendalam antara tentera laut dan industri pertahanan kedua-dua negara,” katanya.

Apa yang menarik tentang kapal selam Type 218SG Tentera Laut Singapura ini adalah ia direka bentuk untuk membolehkan ia beroperasi di perairan tropika yang cetek dan sibuk dengan kapal-kapal komersial, sebagaimana yang terdapat di perairan di sekitar rantau Asia Tenggara yang sememangnya sibuk dengan laluan maritim perdagangan.

Kapal selam sepanjang 70m itu juga mempunyai muatan yang lebih tinggi iaitu lapan tiub torpedo dan boleh bergerak pada kelajuan permukaan lebih daripada 10 knot atau kira-kira 19kmj atau serta kelajuan 15 knot ketika menyelam.

Sumber: CNA

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.