Siakap Keli

Rama-Rama Kebangsaan Malaysia, Rajah Brooke’s Birdwing Berjaya Dibiakkan

Di Melaka, Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka telah mengumumkan kejayaan dalam pembiakan rama-rama kebangsaan negara kita! Usaha pembiakan ini bermula lebih kurang 10 tahun lalu dengan penemuan pokok perumah bagi ulat beluncas mereka – Aristolochia foveolata, sejenis tumbuhan tempatan yang boleh dijumpai di sekitar hutan Malaysia.

Trogonoptera brookiana ataupun nama panggilannya rama-rama Rajah Brooke’s Birdwing telah dinamakan oleh seorang naturalis Alfred Russel Wallace pada tahun 1855, sempena nama James Brooke iaitu Raja Putih Sarawak pada masa tersebut. Ia boleh dijumpai di hutan-hutan di Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak, dan merupakan salah satu spesies rama-rama yang terbesar di Malaysia.

Gerard Wong, Pengarah Urusan bagi santuari ini menyatakan bahawa mereka sekarang mempunyai sebilangan kecil pokok perumah yang hanya cukup untuk menampung populasi ulat beluncas rama-rama Rajah Brooke’s Birdwing yang sangat-sangat kecil, memandangkan ulat beluncas mereka bergantung kepada bilangan daun yang sangat banyak untuk terus hidup. “Pada saat ni, kajian kami terhadap pembiakan rama-rama tersebut telah berjaya sepenuhnya! Langkah seterusnya adalah untuk membiakkan lebih banyak pokok perumahnya dalam skala yang besar supaya pembiakan rama-rama ini dapat dijalankan secara besar-besaran pada masa akan datang. Paling utama, santuari kami berhasrat untuk meneruskan usaha konservasi spesies rama-rama ini dalam jangka masa panjang memandangkan terdapat kajian menunjukkan 40% rama-rama di Asia Tenggara akan pupus menjelang tahun 2100 termasuklah spesies rama-rama di Malaysia,” tambahnya.

Qurratu A’in binti Rohaminordin, 27, Pengurus Santuari

 Nur Suraya Natasha Binti Mohamad, 20, pekerja

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa