Siakap Keli
rusuhan Perancis morocco
Gambar: Anadolu via Metro UK

Rusuhan Selepas Perlawanan Perancis-Morocco, Budak Maut Dirempuh Kereta

Seorang budak lelaki terbunuh dalam rusuhan yang tercetus selepas tamat perlawanan separuh akhir Piala dunia antara Perancis dan Morocco malam tadi, lapor Metro UK.

Insiden yang berlaku di bandar selatan Montpellier itu melibatkan seorang kanak-kanak yang dilanggar oleh sebuah kereta dalam pertempuran tersebut.

Disebabkan itu, kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia sejurus selepas tiba di hospital.

Ekoran daripada kejadian itu, pihak polis terpaksa ditempatkan di beberapa kawasan selepas segelintir kumpulan penyokong bola mula melakukan tunjuk perasaan.

‘Kanak-kanak tercampak ke atas bonet kereta’

Berdasarkan rakaman grafik di media sosial, dapat dilihat sebuah kereta putih membelok ke arah sekumpulan orang ramai yang berkumpul di jalan raya.

Rentetan daripada itu, pemandu kereta tersebut bertindak untuk memandu laju ke arah orang ramai sebelum merempuh seorang kanak-kanak hingga tercampak ke atas bonet kereta.

Manakala, seorang lagi lelaki cedera dengan badannya termasuk ke bawah kereta yang dipandu oleh pemandu tersebut.

Pertempuran Perancis Maghribi
Kredit: AFP

Sementara itu kenyataan sumber pihak berkuasa tempatan Hérault memaklumkan, mangsa kemudian dipindahkan ke wad kecemasan namun meninggal dunia sejurus sahaja menerima rawatan.

“Fikiran saya tertuju kepada keluarga dan orang tersayang. Kenderaan itu ditemui berhampiran tempat kejadian dan diparkir di bahagian receivership.

“Siasatan polis sedang dijalankan di bawah arahan pihak pendakwaan,” tambah kenyataan itu.

Dalam satu insiden lain yang dilaporkan oleh akhbar Perancis, Midi Libre, bunga api dan suar dilemparkan ke atas dataran Montpellier sehingga menyebabkan orang ramai bergegas mencari tempat berlindung.

Namun pada masa sama, ada orang yang yang memegang suar tersebut kemudian bertindak memanjat monumen yang berada di sekitar kawasan berkenaan.

Keadaan huru-hara itu turut dirakam dan dikongsi semula menerusi Twitter Midi Libre seperti di bawah.

Sementara itu, kemenangan 2-0 Perancis ke atas Maghribi pada peringkat separuh akhir Piala Dunia malam tadi melayakkan mereka bertemu gergasi Amerika Selatan, Argentina pada perlawanan akhir Ahad ini.

 

Sumber: Metro UK

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.