Siakap Keli
Kredit: Bernama

Surat Tawaran Haji, Rayuan & Kriteria Kesihatan Akan Diumumkan Nanti – TH

Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengumumkan tarikh pengeluaran surat tawaran haji kepada bakal jemaah haji terpilih bagi musim haji 1444H/2023M menerusi semua platform rasmi milik TH kelak.

Menurut Pengarah Eksekutif Tabung Haji (TH), Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, pada tarikh pengeluaran surat tawaran haji diumumkan, bakal haji Malaysia boleh melayari pautan www.thijari.com.my atau memuat naik aplikasi ThiJARI bagi tujuan semakan dan pemberian jawapan terhadap tawaran yang telah dikeluarkan.

Selain itu, Dato’ Sri Syed Saleh turut menasihati orang ramai agar untuk tidak mudah percaya dengan khabar angin yang tular di media sosial mengenai tarikh pengeluaran surat tawaran haji, rayuan haji, syarat kelayakan bakal haji dan juga kriteria pemeriksaan kesihatan.

Hal ini disebabkan, spekulasi tersebut telah mampu mencetuskan keresahan di kalangan masyarakat dan pihak TH terpaksa menanggung kesannya.

“Bakal jemaah Haji Malaysia dinasihatkan untuk menunggu pengumuman rasmi status ibadah haji tahun ini daripada TH yang akan dimaklumkan sebaik sahaja jumlah kuota, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaannya untuk musim haji tahun ini telah diputuskan oleh Kerajaan Arab Saudi,” kata beliau.

Untuk makluman, TH sedang menganjurkan kursus asas haji selama 13 minggu sebagai persediaan untuk mempersiapkan bakal-bakal haji dengan ilmu pengetahuan berkaitan ibadat haji serta mendapat gambaran suasana terkini di tanah suci.

Kursus haji tersebut diadakan bermula 25 November lepas sehingga 17 Februari 2023.

Bagi sesiapa yang ingin mengajukan soalan lanjut, anda boleh menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) menerusi talian 03-6207 1919.

Sumber: Tabung Haji

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.