Siakap Keli
Gambar: Future

Tak Sangka Ada Game Pinball Tersembunyi Dalam Iphone, Ini Cara Nak Cari Dekat Mana

Tak Sangka Ada Game Pinball Tersembunyi Dalam Iphone, Ini Cara Nak Cari Dekat Mana

Dalam era yang semakin membangun dengan kecanggihan teknologi, kebanyakan manusia pasti lebih gemar untuk memilih permainan yang boleh diakses hanya menggunakan hujung jari.

Bukan sahaja dapat menghilangkan bosan, malah sesetengah permainan yang boleh diakses secara percuma di dalam telefon pintar masing-masing mampu mengasah minda apabila permainan tersebut memerlukan kita untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Pun begitu, pasti ramai lagi yang belum mengetahui tentang kewujudan permainan tersembunyi yang boleh diakses melalui aplikasi Google sahaja.

Khususnya pengguna sistem operasi mudah alih iOS, terdapat satu permainan pinball tersembunyi yang berada di dalam aplikasi tersebut.

Justeru itu, ikuti langkah-langkah di bawah ini bagi mengetahui cara untuk mengakses permainan ini.

Pertama, sebelum bermain permainan pinball tersebut, pastikan anda memuat turun dahulu aplikasi Google di bahagian App Store.

Gambar: Future

Kemudian, buka aplikasi tersebut dan cari butang Tabs di bahagian bawah sebelah kanan.

Gambar: Future

Jika anda mempunyai sebarang Tabs yang masih terbuka, tekan butang ‘Close all’ di bahagian atas sebelah kanan untuk menutup kesemua Tab.

Gambar: Future

Pada halaman tab kosong, gunakan jari anda untuk leret skrin ke atas secara berulang kali. Apabila langkah dilakukan secara betul, permainan pinball akan mula muncul di skrin anda.

Gambar: Future

Seterusnya, tekan bahagian kiri dan kanan skrin untuk mengaktifkan imej dayung.

Gambar: Future

Anda perlu mengekalkan bola tersebut tanpa membiarkannya jatuh di antara tengah-tengah dayung.

Gambar: Future

Apabila gagal memperoleh skor yang diinginkan, tekan butang yang berada di tengah skrin untuk bermain semula permainan tersebut.

Gambar: Future

Mudah sahaja, selamat mencuba. Boleh la buat hilang bosan kalau malas nak muat turun permainan mudah alih yang berat-berat tu.

Sumber: The Verge, Toms Guide

Farah Nabilah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.