Siakap Keli
Monyet Liar
Kredit: Thaiger | iStock

Terima 38 Jahitan Di Muka, Penjaga Zoo Digigit Monyet Liar Tuntut Pampasan

Seorang penjaga zoo di Thailand yang digigit monyet liar semasa bekerja telah menuntut pampasan daripada pihak Zoo Terbuka Khao Kheow di Chon Buri, lapor Thaiger.

Mangsa dikenali sebagai Mon, 54 tahun berkata dia telah menghabiskan sekitar RM12, 700 (100,000 baht) untuk membayar rawatan di hospital, namun hanya mendapat RM390 (3,000 baht) sebagai tuntutan daripada majikannya.

Dalam kesempatan itu, Mon menjelaskan bahawa monyet liar yang tinggal di luar zoo sering masuk ke kawasan zoo sehingga menimbulkan kekacauan yang mengganggu pengujung selain menyerang kakitangan.

Malah, menurut Mon, dia telah diserang sebanyak dua kali dalam tempoh dua bulan yang menyebabkan rawatan yang dibayarnya hampir mencecah RM12,700 (100,000 baht).

Dalam pada itu juga, Mon melaporkan bahwa pihak zoo tidak memberikan sebarang bantuan dan tidak mengetengahkan sebarang tindakan susulan untuk menangani isu tersebut.

Akibatnya, Mon telah memfailkan aduan tersebut kepada Pavena Foundation for Children and Women.

Monyet Liar
Kredit: istock

Serangan daripada monyet liar

Sehubungan itu, Mon mendedahkan bahawa serangan pertama berlaku pada 31 Ogos di mana seekor monyet mencuri makanan ringan daripada kanak-kanak (pengunjung).

Demi melindungi pengunjung tersebut, Mon bertindak untuk melemparkan batu ke arah monyet berkenaan dan menyebabkan ia mengigit kepalanya.

Disebabkan kejadian itu, dia terpaksa menerima 14 jahitan dengan bayaran rawatan sebanyak RM6,680 (52,645 baht).

Tambahnya lagi, dia telah menerima insuran tetapi hanya RM6,350 (50,000 baht) dan perlu menanggung sendiri jumlah baki rawatan yang tinggal.

Tambahnya lagi, pihak zoo tidak meluluskan tuntutan rawatannya yang diusulkan kepada pihak zoo selain RM390 (3,000 baht).

Sementara itu, Mon diserang untuk kali kedua pada 24 Oktober kerana monyet tersebut mencuri beberapa sayur-sayuran yang disediakan untuk haiwan lain.

Mon bertindak untuk menghalaunya dengan melastik ke arahnya, namun malang tidak berbau apabila monyet itu marah dan mengigit mukanya.

Akibatnya, Mon terpaksa menerima 38 jahitan di mukanya dengan bayaran rawatan sebanyak RM5,200 (41,034 baht) bahkan pihak zoo hanya menanggung RM1,270 untuk kos perubatannya.

Dalam pada itu, M0n turut memberitahu bahawa rakan sekerjanya juga takut untuk berdepan dengan monyet liar tersebut, secara tidak langsung keselamatan pengunjung juga berada dalam keadaan bahaya.

Monyet Liar
Kredit: iStock

Telah berkerja selama 20 tahun

Mon yang mendapat layanan sedemikian daripada pihak zoo mendedahkan dia telah bekerja selama 20 tahun dengan gaji RM1,150 (9000 baht) sebulan.

Malah, dia berkata bahawa dia juga bekerja semasa pandemik melanda tetapi pihak zoo tidak mengambil berat tentang keselamatan pekerja.

Sementara itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Varawut Silpa-archa menegaskan bahawa Zoo Terbuka Khao Kheow sangat menitikberatkan kebajikan pekerja dan tidak mengabaikan isu tersebut.

Dalam kesempatan itu juga, Varawut memaklumkan bahawa pegawainya akan menyiasat bagaimana monyet liar masuk ke dalam zoo dan mencari pendekatan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Bagaimanapun, menurut agensi berita Thailand, Siamrath, sekitar 1,000 ekor monyet liar tinggal berhampiran dengan Zoo Terbuka Khao Kheow berdasarkan tinjauan zoo pada 2012.

Sumber: Thaiger

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.