Siakap Keli
Sumber: Google

10 Perkara Yang Perlu Di Elakkan Oleh Ibubapa Ketika Dirumah, Takut Jadi Ikutan Anak-anak

10 Perkara Yang Perlu Di Elakkan Oleh Ibubapa Ketika Dirumah

Mendidik anak-anak adalah perkara yang memeningkan ibu bapa kerana setiap pasangan mahukan anak mereka membesar menjadi orang berjaya dan terhindar daripada sebarang masalah. Umum mengetahui pendidikan anak-anak bermula di rumah dan segala perkara yang anak-anak belajar bermula dengan melihat apa yang dilakukan oleh ibubapa mereka.

Tetapi tahukah anda sebagai ibubapa ada beberapa perkara yang perlu anda elak supaya tidak menjadi ikutan kepada anak-anak ini.

Dalam perkongsian seorang pakar perubatan Dr. Redza Zainol dalam akaun Twitternya, beliau berkongsi sepuluh perkara yang perlu di elakkan oleh ibubapa ketika di rumah.

Mengugut anak

Pastikan yang anda tidak mengugut anak anda kerana ini tanda bahawa skil komunikasi anda dengan anak masih lemah kerana sebagai ibubapa anda perlu bertoleransi dengan baik kepada anak anda.

Tidak meletakkan peraturan yang jelas di rumah

Kredit: Google

Pasti diantara ibubapa ada yang meletakkan peraturan di rumah supaya anak tidak melakukan sesuatu perkara sesuka hati mereka. Menurut Dr Redza ibubapa perlu mengelakkan letak peraturan yang jelas dirumah kerana tidak semua anak-anak akan memahami tentang peraturan yang ditetapkan oleh ibubapa mereka.

Menipu

Jangan sesekali menipu anak anda tentang sesuatu perkara yang ingin mereka ketahui, sebaliknya berkongsi maklumat dengan anak anda mengikut tahap usia mereka dan ajari mereka memahami maklumat yang mereka ingin ketahui.

Membiarkan anak melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Seterusnya, ibubapa tidak boleh membiarkan anak anda untuk melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh anda kerana jika  ibubapa membiarkan mereka melanggar peraturan tersebut anak-anak akan berfikir peraturan boleh dilanggar sesuka hati. Ianya adalah untuk membuat anak-anak anda berdisplin untuk mengikuti setiap peraturan yang telah ditetapkan.

Bercakap dengan nada dan ayat sarkastik

Ketika ibubapa berkomunikasi dengan anak-anak anda perlu menggunakan nada dan ayat-ayat yang bersesuaian kepada mereka kerana anak bawah usia 5 tahun tidak memahami konsep abstrak dan mereka hanya boleh melihat dunia dari pandangan mereka iaitu satu pandangan sahaja. Mereka juga tidak boleh melihat dunia dari kaca mata orang lain selain ibubapa mereka.

Mendesak dan bertanya anak berkali-kali kenapa dia menangis

Kredit: Google

Keenam, ibubapa perlu memberi masa kepada anak anda untuk bertenang ketika mereka menangis. Anda jangan mendesak mereka untuk bertanya berkali-kali kenapa mereka menangis kerana ia akan membuat anak anda merasa tertekan dan akan terus menangis.

Jangan abaikan emosi anak anda rasa

Kredit: Enfagrow

Setiap ibubapa tidak boleh mengabaikan emosi yang anak anda rasa tetapi mengiyakan setiap emosi mereka kerana mereka sedang belajar memahami setiap emosi yang mereka ada iaitu sedih, gembira, marah dan takut.

Elakkan guna ‘Time-out’ sebaliknya gunakan ‘Time-in

Ibubapa juga digalakkan untuk menggunakan ‘Time-in’ daripada ‘Time-out’. Ibubapa perlu duduk di sisi anak anda semasa dia menangis tanpa marah-marah, peluk dan menyapu belakang anak ketika mereka menangis dan meminta dia menceritakan perkara yang terjadi selepas dia merasa tenang.

Elakkan menjerit ketika anak menjerit di rumah.

Seterusnya, Ketika anak anda menjerit di rumah anda tidak boleh membalas dengan cara yang sama kerana perbuatan itu akan membuatkan anak kita mengikuti perbuatan yang kita lakukan.

Jangan tujukan kesalahan perbuatan anak anda kepada mereka

Jika anak anda melakukan kesalahan, Tindakan yang perlu anda lakukan ialah menujukan perkataan dan tindakan anda kepada perbuatan yang salah yang telah anak anda lakukan dan jangan tujukan kepada anak anda kerana mereka akan merasakan diri mereka tidak berguna dan dibenci oleh anda

Menurut Dr Redza, Tidak kira apa pun salah anak anda kita perlu ingatkan bahawa mereka anak yang baik dan sentiasa ingat setiap perbuatan dia yang salah boleh diperbetulkan.

Semoga ilmu yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada ibubapa untuk mendidik anak-anak anda ketika di rumah kerana pendidikan bermula dari rumah untuk membentuk seorang anak yang baik.

Sumber: Dr Redza Zainol via Twitter

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.