Berang Keturunan Dihina, Lelaki Naik Angin Tikam Isteri & Adik Ipar Guna Gunting
Seorang lelaki didakwa menikam isteri dan tiga iparnya dalam kejadian yang berlaku dirumah keluarga mangsa di Gampong Ujong Pulo Rayeuk, Kabupaten Bakongan Timur, Indonesia.
Menurut Ketua Unit Siasatan dan Jenayah Balai polis Aceh Selatan, Deno Wahyudi berkata kejadian itu berlaku selepas suspek tidak dapat menahan sabar apabila isterinya bertindak menghina dan mencaci keturunan suspek.
“Awalnya, suspe bertengkar dengan isterinya. Dia marah apabila mangsa berkata ‘biek hana get’, yang bermaksud keturunan jahat. Suspek merasa dirinya telah dihina,” kata Deno Wahyudi kepada wartawan.
Apabila mendengar kata hinaan tersebut, suspek menjadi berang lalu mengambil sebilah gunting dan menikam kepala isterinya yang berusia 41 tahun. Adik ipar suspek yang mendengar kekecohan tersebut cuba untuk menghalang tindakan suspek namun turut ditikam.
Adik ipar suspek yang berlumuran darah kemudian dikejarkan ke hospital namun gagal diselamatkan. Dua lagi kakak ipar suspek yang cuba meleraikan pergaduhan tersebut turut ditikam suspek.
Jeritan mereka telah didengari oleh penduduk di kawasan itu yang kemudiannya datang menghulurkan bantuan. Melihat kehadiran orang ramai, suspek bersembunyi di tingkat dua rumah berkenaan kerana ketakutan.
Polis yang tiba di lokasi tidak lama kemudian berjaya menahan suspek. Salah seorang anggota polis bagaimanapun mengalami kecederaan apabila dilibas menggunakan parang oleh suspek.
BACA: Keluarga Altantuya Menang Kes Saman, Dapat Ganti Rugi RM5 Juta
Sumber: Merdeka