DJ Ellen Degeneres, Stephen tWitch Boss Meninggal Dunia
Stephen “tWitch” Boss yang terkenal sebagai DJ di rancangan The Ellen Degeneres Show dan seorang penari terkenal di “So You Think You Can Dance,” dilapor usia 40 tahun.
Kematiannya telah disahkan oleh isterinya, Allison Holker Boss dalam satu kenyataan kepada CNN.
“Dengan berat hati, saya ingin memaklumkan bahawa suami saya, Stephen telah meninggal dunia. Dia adalah tulang belakang keluarga kami, suami dan bapa terbaik, dan inspirasi kepada peminatnya,” kata Allison.
Pasangan merupakan penari yang menyertai rancangan “So You Think You Can Dance” Musim 7 pada tahun 2010 dan merupakan ibu bapa kepada tiga orang anak. Mereka baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan beberapa hari lalu.
”Kami meminta ruang untuk tidak diganggu dalam tempoh yang sukar ini, bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk tiga anak kami,” katanya lagi.
Menurut pemeriksa perubatan LA Country, Boss dipercayai meninggal dunia akibat bunuh diri. Pejabat Koroner LA County mengakhiri pemeriksaan mereka dan menerbitkan laporan mengenai kematiannya pada hari Rabu. Dia disahkan meninggal dunia pada Selasa di pinggir bandar Encino di Los Angeles.
Pemergiannya turut diratapi ramai selebiriti daripada pelbagai cabang seni terutama Ellen Degeneres, hos The Ellen DeGeneres Show.
I’m heartbroken. tWitch was pure love and light. He was my family, and I loved him with all my heart. I will miss him. Please send your love and support to Allison and his beautiful children – Weslie, Maddox, and Zaia. pic.twitter.com/lW8Q5HZonx
— Ellen DeGeneres (@TheEllenShow) December 14, 2022