Siakap Keli
Gambar: Pixabay

Inflasi Di UK Mula Susut, Turun Kepada 10.7 Peratus Berbanding Rekod Tertinggi Oktober

Kadar inflasi di negara UK dilaporkan bergerak perlahan pada bulan November daripada kemuncak bulan Oktober dalam data yang ditunjukkan pada hari Rabu, namun ia terus meningkat apabila krisis kos sara hidup melanda seluruh sektor ekonomi.

Menurut Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) dalam satu kenyataan, Indeks Harga Pengguna telah susut kepada 10.7 peratus bulan lepas.

Data itu telah dibandingkan dengan kadar peratusan sebanyak 11.1 peratus pada bulan Oktober dimana ia merupakan paras tertinggi sejak tahun 1981 manakala pasaran jangkaan bagi bulan November adalah sebanyak 10.9 peratus.

Kelembapan ekonomi bertukar sederhana berikutan kejatuhan harga bahan api motor, namun inflasi masih kekal tinggi ekoran bil tenaga dan makanan domestik yang melambung tinggi.

Data itu telah diterbitkan pada malam sebelum keputusan kadar faedah diumumkan oleh Bank Negara England dimana ia dijangkakan akan memberi kenaikan yang kesembilan secara berturut-turut ketika penggubal dasar cuba mengawal harga yang berleluasa.

Bukan itu sahaja, ia juga berlaku apabila sikap mogok yang ditunjukkan oleh pekerja mula menjejaskan seluruh ekonomi, malah pekerja turut membantah tentang gaji mereka yang gagal untuk bergerak selari dengan inflasi yang berlaku.

Menurut Ketua Ekonomi ONS, Grant Fitzner, walaupun inflasi masih berada pada paras yang tinggi dalam sejarah, namun inflasi tahunan telah berkurangan sedikit pada bulan November.

“Harga masih meningkat, namun kali ini sedikit kurang berbanding tahun lepas dan barang yang paling ketara ialah bahan api motor,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Dalam pada itu, Menteri Kewangan, Jeremy Hunt turut meletakkan kesalahan kepada Presiden Rusia Vladimir Putin atas perang yang berlaku di Ukraine yang menjadikan harga elektrik semakin tinggi selain faktor pembukaan semula daripada sekatan Covid-19.

“Susulan COVID-19 dan tindakan Rusia berkenaan pembekalan gas, peningkatan inflasi yang berlaku telah mendatangkan kesan buruk kepada ekonomi di seluruh Eropah, malah saya tahu banyak keluarga serta syarikat sedang bergelut dengan masalah tersebut.

“Keutamaan saya adalah menurunkan inflasi supaya gaji rakyat boleh naik lebih jauh. Saya tahu ramai orang mengalami kesukaran sekarang, tetapi amat penting untuk kita ambil keputusan bagi menangani inflasi iaitu musuh nombor satu kepada kemiskinan,” jelas pihaknya.

Sementara itu, pakar ekonomi menjangkakan BoE akan menaikkan kadar pinjaman utama daripada 3.0 peratus kepada 3.5, yang turut memberi kesan kepada pengguna dengan peningkatan kos pinjaman.

Sumber: AFP

Farah Nabilah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.