Siakap Keli
oppo reno8 diskaun rm300
Kredit: Oppo Brand Store

Kamera Bak DSLR, Telefon Pintar Baru Kini Boleh Dibeli Dengan Diskaun RM300

Mungkin ramai belum tahu, korang kini boleh dapatkan telefon pintar model baharu Oppo Reno8 dengan kamera power bak DSLR dengan diskaun RM300!

Kalau nak beli smartphone baru biasanya apa yang korang akan tengok dulu? Design dia? Kamera cantik ke tak? Guna perisian apa? Semua ni sebenarnya bergantung pada penggunaan dan minat masing-masing. .

Ada yang berpendapat sekarang ni minimum paling-paling ‘cikai’ pun wajib kena ada 8 GB RAM dengan memori 128 GB. Kalau tak, baru pakai kejap dah hang lah, memory full lah dan sebagainya. Ada pula yang mahukan pengecasan ‘gila pantas’, ada yang nak kamera bak DSLR dan ada yang nak bateri boleh tahan berjam-jam lamanya walaupun cas sepantas lima minit je.

Tapi kalau nak beli yang spesifikasi tinggi macam tu, confirm lah harga pun agak tinggi juga kan? Tapi jangan tak tahu, sebenarnya ada je smartphone macam tu yang korang boleh dapat dengan harga murah sebab ada rebat hebat!

Promosi Choose Joy Sale sempena tahun baharu

Kalau nak tahu, OPPO kini sedang tawarkan pelbagai promosi ‘gila-gila’ di bawah Choose Joy Sale bermula dari 17 Disember 2022 hingga 31 Januari 2023! Nak tahu apa yang menarik?

1) 1-to-1 giveaway

Nikmati faedah ‘beli satu dapat satu’ dengan pembelian dua jenis model OPPO. Setiap pembelian OPPO Reno8 Pro, korang akan dapat OPPO Enco Buds bernilai RM159. Manakala setiap pembelian OPPO Pad Air, korang akan dapat sekali Pad Air Casing bernilai RM129. Kedua-dua pembelian ni akan dapat juga waranti lanjutan selama setahun secara percuma!

2) PWP (Purchase with purchase)

Setiap mana-mana pembelian item OPPO yang korang pilih, korang akan layak untuk dapatkan item kedua pada harga lebih rendah. Ada tiga item yang korang boleh dapat iaitu jam pintar OPPO Watch serendah RM299 (harga asal RM449), OPPO Enco Air2 serendah RM159 (harga asal RM249) dan OPPO Pad Air serendah RM1,199 (harga asal RM1,299).

Tapi apa yang paling special, OPPO kini juga ada tawarkan telefon pintar hebat seperti series Reno8. Apa yang korang perlu tahu pasal Reno8 ni? 

Kamera depannya guna Sony IMX709, dilengkapi ultra-sensing sensor yang dibangunkan OPPO bersama Sony. Manakala kamera belakang pula Sony IMX766 Flagship Sensor, iaitu sensor berkapasiti paling besar 1/1.56” bersaiz +1.0um single pixel yang benarkan lebih pencahayaan

Sentuh tentang kuasa pula, Reno8 dibangunkan dengan ciri pengecasan sangat pantas 80W SuperVOOC, di mana boleh cas bateri 4,500mAh sebanyak 50 peratus hanya selama 11 minit!

3) Rebate @ Diskaun RM300

Selain tu, korang juga boleh dapatkan beberapa jenis model OPPO yang lain pada harga lebih rendah dengan rebat RM300 iaitu OPPO A57 serendah RM729 (harga asal RM799), OPPO A77s RM899 (harga asal RM999), OPPO Reno8 Z RM1,599 (harga asal RM1,799) dan OPPO Reno8 RM2,099 (harga asal RM2,399).

Jom bergaya mewah dengan Reno8 Sunkissed Beige

Kalau korang nak tahu, Reno8 kini dibawakan dengan warna baharu iaitu Sunkissed Beige seakan-akan kuning keemasan. Bahagian belakangnya dihias dengan rona emas dan kesan kilauan organza. Memang nampak mewah & eksklusif, sangat sesuai kalau korang ni jenis pentingkan style, fesyen dan gaya.

Selain itu, ia juga dibangunkan dengan sensor Sony dwi-andalan dan ciri pengimejan AI macam Ultra Night Video dan Night Portrait. Confirm Reno8 Sunkissed Beige akan jadi pilihan utama untuk korang merakam segala memori indah sepanjang musim tahun baharu ni.

Harganya hanya RM2,399 saja,  harga yang sama dengan versi pertama Reno8 (8GB + 128GB) walaupun versi ini telah ditambah baik dengan 12GB RAM berbanding versi terdahulu.

Setiap pembelian bermula hari ini sampai 31 Januari depan akan dapat sekali Pelan Perlindungan Skrin dan waranti lanjutan selama setahun secara percuma. Yang menariknya kalau beli Sunkissed Beige ni, korang boleh dapat juga manfaat PWP (setiap pembelian item, item kedua harga murah) iaitu OPPO Enco Buds2 serendah RM10 je!

Oh ye, bila dah ada phone ni mestilah kena ada internet juga kan. Jom subscribe pelan DIGI postpaid untuk dapatkan diskaun tambahan bernilai RM200. Jadi secara keseluruhannya korang boleh berjimat sehingga RM500. Berbaloi!

Jadi apa tunggu lagi, jom segera dapatkan pelbagai pakej menarik sepanjang OPPO Choose Joy Sale di semua My OPPO Space, premis/kedai OPPO dan pengedar-pengedar sah OPPO berhampiran anda sekarang!

 

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.