Luruan Monsun Dijangka Masuk Negara Mulai 17 Disember Ini – MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu ciapan melalui Twitter sebentar tadi memaklumkan bahawa luruan monsun dijangka akan memasuki rantau negara ini mulai 17 Disember ini. Jangkaan itu dibuat berdasarkan analisis ke atas model-model cuaca.
Keadaan itu diramal berpotensi membawa angin kencang, ombak besar serta hujan berterusan di negeri-negeri timur Semenanjung dan timur Sabah dalam tempoh 17 hingga 20 Disember.
Sehubungan itu, MetMalaysia juga mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor berkuatkuasa dari 17 hingga 20 Disember.
Orang awam sentiasa diingatkan untuk mendapatkan kemas kini mengenai keadaan cuaca semasa menerusi laman web www.met.gov.my dan semua media sosialnya serta memuat turun aplikasi myCuaca.
RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN pic.twitter.com/LQUCJmA3qT
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) December 16, 2022
Sumber: Twitter MetMalaysia