Siakap Keli
Kredit: Courtesy Cincinnati Art Museum

Rahsia Disebalik Lukisan “Still Life with Bread and Eggs” Berusia 160 Tahun Yang Mengejutkan

Rahsia Disebalik Lukisan “Still Life with Bread and Eggs” Berusia 160 Tahun Yang Mengejutkan

Seni merupakan bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia baik sejak dari zaman dahulu lagi. Manakala lukisan pula adalah satu seni yang mana unsur keindahannya diungkapkan melalui media seperti kertas, potret dan juga dinding. Lukisan yang dihasilkan pula sentiasa mempunyai ceritanya yang tersendiri.

Seorang pelukis terkenal Perancis, Paul Cézanne yang meluahkan perasaanya melalui sebuah karyanya berjudul “Still Life with Bread and Eggs”. Walaupun ia kelihatan biasa tetapi disebalik lukisan tersebut terdapat sebuah rahsia yang tidak terungkap.

Kisah disebalik ukisan Cézanne “Still Life with Bread and Eggs” yang berusia hampir 160 tahun itu dirungkai oleh Ketua Konservator Muzium Seni cincinnati, Serena Urry ketika menjalankan pemeriksaan rutin untuk lukisan tersebut. Dia ketika itu menemui sesuatu yang gajil tentang lukisan berkenaan.

Dia melihat terdapat kilatan kecil putih yang berbeza dengan palet dan ia dipanggil “gelap”.

“Saya fikir mungkin ada sesuatu di bawahnya yang perlu kita lihat,” kata Urry dalam temu bual video.

Konservator meminta sebuah syarikat perubatan tempatan untuk membawa mesin X-ray mudah alih ke muzium di mana seorang juruteknik mengimbas lukisan minyak selebar 2.5 kaki di beberapa bahagian. Semasa dia mencantumkan siri imej secara digital menggunakan Photoshop dia melihat “tompok putih” yang menunjukkan kehadiran lebih banyak pigmen plumbum putih.

“Saya cuba mencari tahu apa sebenarnya cat putih itu, kemudian saya pusingkannya (90 darjah). Saya keseorangan ketika itu tetapi saya rasa saya menjerit ‘wow’ dengan kuat.”

Kredit: Courtesy Cincinnati Art Museum

Apabila imbasan diputar secara menegak dan kelihatan imej seorang lelaki muncul, mata, garis rambut dan bahunya kelihatan seperti tompok gelap. Mereka mengenalpasti figura itu ialah Cézanne sendiri.

“Saya rasa pendapat semua orang ialah ia adalah potret dia bergambar dengan cara potret diri, dalam erti kata lain beliau melihat kami tetapi badannya berpusing.

“Jika ia adalah potret seseorang selain dirinya, ia mungkin akan ada imej penuh di hadapan,” tambahnya.

Buat masa ini muzium tidak sabar untuk mempamerkan semula “Still Life with Bread and Eggs”. Sejak membuat penemuan pada bulan Mei, Urry telah membersihkan lukisan itu dan menipiskan varnis pada permukaannya dan ia akan kembali dipamerkan kepada umum bersama imej sinar-X, dari 20 Dis.

Sumber: CNN

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.