Siakap Keli
Kredit: JBPM

Tanah Runtuh: Dua Terkorban Setakat Ini, 51 Lagi Masih Tidak Ditemui

Kejadian tanah runtuh di Batang Kali yang berlaku awal pagi tadi dilapor telah meragut dua nyawa  serta tiga orang mengalami kecederaan setakat pukul 7 pagi tadi, lapor Bomba.

Berita berkenaan dilaporkan melalui satu hantar di laman facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor sebentar tadi.

Menurut maklumat hantaran itu lagi, 23 orang berada dalam keadaan selamat, tiga orang cedera dan 51 orang masih tidak ditemui.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihak bomba telah menerima satu panggilan kecemasan seaawal jam 2.24 pagi dan menggerakkan para anggota dan aset ke lokasi kejadian.

Kredit: JBPM

Tambah beliau, berdasarkan laporan awal komander operasi, insiden tanah runtuh berlaku di tepi jalan berdekatan ‘Father’s Organic Farm’ dan telah menghempap sebuah tapak perkhemahan yang berdekatan dengannya.

Selain itu, ketinggian runtuhan tersebut dianggarkan kira-kira setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebanyak tiga ekar.

Kredit: JPBM

Dalam pada itu, pasukan unit K9 dan EMRS (Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan)  dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, BBP Kota Anggerik, BBP Kajang, BBP Andalas turut digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu misi pencarian.

Selain itu, usaha mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan oleh pihak Bomba serta dibantu bersama oleh beberapa agensi lain iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, PDRM, APM, KKM dan Pasukan SMART.

Maklumat dari semasa ke semasa akan dikemaskini sehingga operasi selesai.

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.