Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi satu hantaran facebook sebentar tadi memaklumkan laluan Jalan Batang Kali – Genting telah ditutup, atas arahan Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor.
Penutupa itu dibuat ekoran kejadian tanah runtuh yang berlaku berdekatan lokasi tersebut dan bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat mangsa kejadian.
Sehubungan itu, JKR turut menyertakan jalan alternatif bagi para pengguna yang ingin ke destinasi pilihan dengan menggunakan laluan tersebut.
Menurutnya, pengguna dari Batang Kali boleh menggunakan laluan Jalan Ulu-Yam Batu Caves ke Gombak dan menuju ke Lebuhraya Karak untuk sampai ke destinasi akhir iaitu, Genting.
Dalam pada itu, pihak JKR sedang melakukan pemantauan di tempat kejadian dan menunggu arahan selanjutnya daripada pihak polis.
Setakat ini, pihak polis melaporkan angka korban kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali meningkat kepada 8 orang, manakala 60 lagi berjaya diselamatkan setakat ini, menurut BERNAMA.
BACA: Tanah Runtuh: 8 Orang Dilapor Maut, 60 Lagi Berjaya Diselamatkan Setakat Ini
Sumber: Jabatan Kerja Raya (JKR) via Facebook