Siakap Keli
“Part Time” Dengan Syarikat Pesaing
Gambar: AFP

Gara-gara Buat “Part Time” Dengan Syarikat Pesaing, Gergasi IT Dunia Ini Pecat 300 Pekerjanya

Gara-gara Buat “Part Time” Dengan Syarikat Pesaing, Gergasi IT Dunia Ini Pecat 300 Pekerjanya

Sebuah syarikat perkhidmatan IT terkemuka dunia, Wipro yang berpangkalan di India dilapor telah memecat 300 pekerja selepas mendapati mereka bekerja secara sambilan dengan syarikat pesaing.

Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku beberapa bulan lalu dan tindakan itu diambil selepas pihak pengurusan mendapati perbuatan 300 pekerjanya itu telah melanggar kontrak.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Wipro, Rishad Premji, pihaknya terbuka dan tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya para pekerjanya terlibat dalam sesuatu projek yang dilakukan pada hujung minggu.

Namun untuk bekerja secara serentak dengan syarikat pesaing adalah merupakan satu pelanggaran integriti yang serius dan tidak boleh diterima.

Wipro yang menggaji lebih 250,000 pekerja di lima puluh negara berkata, tindakan diberhentikan kerja boleh dikenakan kepada mereka yang melanggar kontrak dan intergriti syarikat.

“Tiada ruang untuk seseorang individu bekerja dengan Wipro dan pesaing XYZ serentak. Mereka (pesaing) akan mengambil tindakan yang sama jika mendapat tahu perkara itu berlaku,” katanya.

Menurut laporan Techcrunch, kes-kes pekerja sesebuah syarikat bekerja dengan syarikat pesaing atau disebut sebagai ‘moonlight’ dilapor meningkat sejak kebelakangan ini selepas banyak syarikat gergasi membenarkan para pekerjanya berkerja di rumah.

Antara alasan yang diberikan adalah untuk mencari pendapatan tambahan selain sebagai jaminan sekiranya mereka dipecat atau dilepaskan oleh syarikat semasa.

BACA: Tanih Tepu Dipercayai Punca Utama Tanah Runtuh Di Batang Kali – Pakar

Sumber: techcrunch

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.