Siakap Keli
Kredit: Bernama

Sistem Pembayaran TnG e-Wallet & RFID Di Semua Plaza Tol DUKE & SPE Dilapor Tergendala Sementara Watu

Pengendali Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE) memaklumkan bahawa semua Plaza Tol DUKE & SPE  mengalami masalah sistem pembayaran pada 10.15 pagi tadi.

Berdasarkan ciapan yang dimuat naik di Twitter hari ini, sistem pembayaran yang terjejas melibatkan kaedah pembayaran menggunakan Touch ‘n Go e-Wallet & RFID.

Sehubungan itu, DUKE memaklumkan hanya pembayaran menggunakan kad Touch ‘n Go yang diterima di plazal tol berkenaan buat masa ini.

Justeru, bagi pengguna jalan raya yang ingin melalui rangkaian Lebuhraya DUKE, anda dinasihati untuk memastikan baki kad Touch ‘n Go mencukupi untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini dan memberikan kelancaran kepada pengguna jalan raya lain.

Sumber: @LebuhrayaDUKE via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.