Siakap Keli
kepala air terengganu
Gambar: Tangkap layar video

Kepala Air Landa Air Terjun Lata Belatan Jabi, Tiada Kaitan Aktiviti Ceroboh Hutan – Exco Terengganu

Hujan lebat berterusan yang melanda seluruh Terengganu akhir-akhir ini mengakibatkan beberapa daerah di sana ditenggelami air dan mula dilanda banjir.

Dalam satu perkongsian Exco Terengganu Dr Azman Ibrahim di Facebook, air terjun Lata Belatan Jabi, Besut mengalami fenomena kepala air yang dilihat sangat deras.

Dalam video itu, jelas menunjukkan keadaan air terjun tersebut menjadi tidak terkawal ekoran kepala air yang berlaku apabila hujan lebat berterusan di tempat berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, Dr Azman berkata kejadian yang berlaku tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti ceroboh hutan, sebaliknya fenomena biasa apabila hujan lebat turun di kawasan takungan air atas gunung atau bukit.

“Kalau pembalakan, air akan bawa sekali sisa kayu balak,” katanya memetik Facebook beliau.

Beliau berkata demikian selepas menjawab soalan daripada pengguna media sosial yang mendakwa hal tersebut berlaku disebabkan oleh pencerobohan hutan yang dilakukan oleh pihak luar.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa atau yang tidak diingini berlaku dilaporkan berkaitan dengan air terjun itu.

Sebelum ini, Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk membabitkan negeri Pantai Timur, Kedah, Perak dan Pahang sehingga Selasa ini.

Amaran hujan berterusan di tahap bahaya membabitkan seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

https://www.facebook.com/watch/?v=875317006952785

Sumber: Dr Azman Ibrahim/Facebook

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.